KENALI ALATAN DALAMAN
PC ANDA

 Laman Utama > Tips & Info > Komputer > Kenali Alatan Dalaman PC Anda

Semua bahan-bahan dibawah adalah sumbangan dari Ibrahim Tajuddin (BidaN) yang di ambil terus dari www.tttcomputer.com dengan izin beliau untuk pengetahuan bagi mereka yang masih baru dalam bidang komputer. Semuga ianya akan dapat juga menambah ilmu pengetahuan kita bersama. 


OKEY.... kat sini BidaN nak memberi sedikit Ilmu hal-hal komputer... Pada mereka yang telah mengenali menda yang BidaN letakkan harap jangan lar dok komplain... BidaN nak bagi tau pada mereka yang tak tau jerk.. kerana banyak dari kalangan warga Malaysia khasnya kaum wanita... rata-rata mereka ni tahu pakai jerk.. rosak kedai.. rosak kedai.... jadi dengan sedikit pengenalan pada barang-barang ini sekurang-kurangnya dapat gak tahu alatan komputer yang tidak pernah dilihat oleh sesetengah pemilik komputer....... 

Control Card
Yang ni orang panggil Control Card atau IDE card.. jenis ni hanya terdapat pada Komputer 286 ke 486 Sahaja... bagi mereka yang telah rosak Com port pada M/Board mereka, bolih lar menggunakan card ini.. dengan meng "disablekan" port yang lain terlebih dahulu.... Kalau pandai komputer boleh.. kalau tak pandai jangan.. kang nanya kene gi kedai...  INi nama dia CPU brige... sedikit masa dulu CPU Celeron menggunakan alat ini.. ini kerana M/Board jenis socket 9 tak ada.. jadi bridge ini telah dicipta dan menggunakan soket intel Pentium II.. ataupun orang panggil juga Slot A..
Yang kita panggil CPU.. atau central processor unit... harrrr.. ni harga nya mahal.. ada banyak syarikat yang membekalkan menda ni. contohnya... Intel, AMD, ABM, Cyrix, Wincip dan lain-lain lagi yang mungkin bidan tak tahu... kalau nak tahu.. rajin lar baca majalah komputer...  Ni pun CPU... Pentium MMX yang menggunakan M/Board Socket 7...

Ni nama di Hard Disk... ataupun hard Drive.. dua-dua bulih panggil... Menda ni pun serupa.. mahal cam CPU gak.. 
Jenis yang berada dipasaran sekarang..... Quantum, Seagate, Maxtor, Western Digital, Samsung, Conner dan lain-lain lagi yang mungkin bidan tak ingat.

 

Ni adalah CPU Intel PII dimana ia menggunakan M/Board Slot A ataupun Slot 1. Yang terakhir jenis ni dikeluarkan adalah PII 350Mhz kalau tak silap paih tu PIII 400 pulak keluar dan masih menggunakan M/Board Yang sama.

Sticker ni sumer orang nak... susah dapat woooo.. Beli satu CPU dapat satu jerk... kalau tak beli tak dapat.. tapi .. BidaN tetap dapat.. yang tak dapat orang yang beli jerk.. ekek ekee keek.... (bidan suka buat colection menda ni... abis satu umah bidan tempek menda nie..... kalau tak caya mai kat umah bidan...:)

Yang ni kipas atau CPU Fan.. bukan kipas kat umah tuuuuuuu... Kipas ni hanya digunakan oleh CPU keluarga soket 7 sahaja.. kalau CPU 386 dan ke 486 DX2 tak payah pakai pun tak apa.. kalau chip celeron, Pentium II dan Pentium III tak payah lar beli menda ni.. ini kerana CPU tu telah di bekalkan sekali kipas dia... AMD, Cyrix IBM kena beli yang power sikit.. sebab jenis-jenis ni selalu terbakauuuu... 
 

Yang ni kita panggil sound Card.. ada banyak jenis sound card ini... diantaranya adalah Acer A Open, OPTI, Aztech, Creative, Advance logic, Yamaha dan lain-lain lagi.. kalau nak sebut bulih lenguh gigi wooooo.... www.familiazam.com

 
Yang ni VGA Card atau Graphic Card... Menda ni pun ada manyak jenis.. malas nak cakap... tapi sekarang ni manyak depa tak minta menda nie.. sebab menda ni tak bulih main 3Dfx games... tapi kalau takat nak tengok VCD tak jadi masalah.. bulih selalu.... di bekalkan dalam 3 slot.. ISA, PCI dan AGP..
Harrrrrr.... menda ni lar orang panggil 3Dfx Card.. Mahai menda ni woi.. kalau takat nak beli tapi tak main games tak payah lar... buat rugi duit jerk.... kebiasanya VRAM VGA biasa hanya 1MB ke 4MB sahaja.. tapi yang ni dari 6MB, 12MB, 16MB, 32 MB dan lar nie 64 MB pun dah ada.... aih.. tak mampu bidan.. Yang ni nama dia MPEG Card... Kalau komputer slaw.. bulih lar beli menda ni.. dapat lar nengok VCD.. jenama yang bidan tahu .. emmm.. Acer Magic, MP 2000, China Action.. ada lagi.. bidan tak ingat.. kalau CPU 386 ke 486 bulih lar pakai nie....  www.familiazam.com
 
Aihhhhh... menda ni pun bidan nak tunjuk ka... dak aigh.. bidan hanya nak bagi tau.. menda ni jarang rosak.. kalau bulih beli la alat pencucinya.... kalau pi kedai.. kami tak cuci dah.. pakai cakap rosak jerk.. www.familiazam.com

 
Yang ni nama dia Mother Board atau Main Board... Menda ni dibekalkan oleh manyak syarikat.. tak sanggup nak sebut... dan susah nak ingat.. Bidan pasang jerk.. Membujur lalu .. melintang patah.. jangan patah Board tu dah... Setakat ini, kebanyakkan Menda ini dibuat secara cantuman iaitu VGA (saiz VRAM diambil dari RAM komputer tersebut(share memory), MODEM dan Sound.... 
Sapa kenal ngan menda nie... angkat tangan... tak tau kerrrrrrrr... Oke.. ni nama dia USB port.. best menda nie tau.. bagi komputer yang berjenama rata-rata telah dibekalkan ngan alat ini.. kalau klone komputer kene lar beli.. Alat ini bolih digunakan oleh Modem, Punca kuasa letrik, Vedeo Conferencing dan banyak lagi...

 
Yang ni nama dia MODEM... External Modem... dibekalkan 28.8bps, 33.6Bps, 56K dan yang terkini USB Modem.. tak payah pakai cable lagi... ni bidan kene beli satu... www.familiazam.com
Yang ni orang panggil Power Supply.. Ada manyak jenis keluaran Power Supply ni.. diantaranya adalah, ATX cassing, AT casing, Compaq Cassing.. Jenis ni kira murah dari yang berjenama.. untuk Power Supply nie.. (clone) harganya lebih kurang RM60 ke 130 sahaja. Ini lebih murah jika untuk Komputer yang berjenama dan ianya sukar didapati.. Yang berjenama kalau rosak.. kena beli casing baru lar jawabnya.. kerana kos power supply mahal berbanding beli baru.. Haaaa.. Ni dia kita panggil CDROM Drive... ada beberapa jenis dari keluarga CDROM Nie.. diantaranya adalah CDROM, CDRW dan DVDROM. Main games, tengok vcd, install software perlulah ada menda nie.. Ada banyak jenis, jenama dan kelajuan, mahal dan murah... terpulang pada individu nak pilih... 
 
Yang ni kita panggil RAM dari keluarga 30 pin... ataupun "Ramdum Acces Memory"... Jenis ni hanya digunakan oleh PC-PC lama iaitu 286, 386 dan 486 sahaja... kira bulih dah antor kat mezium dah nie... 
 
Yang ni juga RAM... pin dia manyak sikit.. 72 Pin.. ada dua jenis dari keluarga RAM ni.. EDO RAM dan SIMM RAM... Board 486/Pentium series sahaja yang menggunakan jenis ini..  
 
Yang ni pun RAM jugak...orang panggil dia SDRAM..... Rata-rata Main Board sekarang menggunakan SDRAM nie... Ada dua jenis RAM nie.. PC66Mhz dan PC100Mhz, PC 133 dan PC800 untuk Intel P4 Main Board.. www.familiazam.com
 
Harrrrrr.... yang ni last sekali.. Internal Modem ... yang ni pun sama ngan Ext Modem.. cuma dia dok kat dalam komputer jerk... kalau sapa2 nak beli.. tengok dulu spec komputer yang diperlukan oleh modem ni.. kebiasaannya maksima kelajuan sesuatu komputer itu mestilah melebihi 166Mhz. (PCI Modem 56K) untuk 56K ISA Slot rasanya boleh.. kalau tak melebihinnya tak payah.. buat abis duit jerkk....

Ni la dia RDRAM.. dipasaran sekejab je.. Kalau nak beli sekarang ni boleh pengsan dua tiga jam.. mahal bebenor.. Yang ni orang panggil DDRAM... semua komputer di masa ini menggunakannya.... so mudah la dapat menda nie...

Sumbangan: Ibrahim Tajuddin (BidaN)  - www.tttcomputer.com

Mutiara Kata: "Orang yang serba kekurangan kurang mengetahui kelemahan dirinya sebaliknya sentiasa menyalahkan orang lain atas apa yang berlaku"


Bagaimana Memulakan Bisnes Burger Dengan Pendapatan 5 Angka Sebulan.

Didedahkan Secara Langkah-Demi-Langkah Oleh Seorang Anak Kepada Jutawan Senyap Malaysia!

 
NOTIS
Pengunjung dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan dari laman ini sebagai perkongsian maklumat
dengan syarat seperti di bawah:
1-Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com pada setiap dokumen yang telah di copy.
2-Copy & upload images ke hosting anda sendiri atau free hosting jika bertujuan untuk disiar di blog sendiri.
3-
Menghubungi kami [email, borang, whatsapp atau sms] memohon izin adalah sikap dan jalan terbaik.
 
 
  MENU UTAMA
 
 
  IKLAN BERBAYAR
 
 
  IKLAN BERBAYAR
RAWATAN, PERUBATAN, PERSILATAN & KEMAKRIFATAN

Kami BUKAN Tok Bomoh, Pak Dukun atau pun Pak Ustaz. Kami hanyalah insan biasa seperti anda. Kami menyediakan rawatan bagi segala permasalahan berkaitan dengan gangguan jin atau sakit misteri seperti:

Gangguan Saka, Terkena Sihir, Pulih Rumah, Pulih Kedai, Rawatan Terkena Santau, Berbagai Masalah Berkaitan Ilmu Hitam.
Serta:
Membersih Dan Menyucikan Hati, Rawatan Pemulihan Dadah, Masalah Perhubungan Suami-isteri Dan Penyakit Fizikal.

Untuk Rawatan Dan Belajar Ilmu Kenal Diri Sila Hubungi:
 

Md Hatta Yusof
Call  Me / Whatsapp Me / SMS Me
 
Laman Web: http://kenal-diri.net
 
 
  PROGRAM MY REZEKI
Salam Sejahtera & Salam Silaturrahim.

Selalu bermasalah tak cukup duit?
Hutang PTPTN sudah tertunggak?
Cukai jalan dan insuran dah nak mati?
Duit poket sudah menipis?
Teringin nak tukar motorsikal?
Teringin nak tukar kereta?

Nak cari duit lebih.
Sila daftar PERCUMA di link berikut:
familiazam.com/myrezki

Saya akan tunjuk cara menjana pendapatan dengan mudah tanpa susah payah nak cari orang dan menjual produk...
Rebutlah peluang yang mungkin hanya datang sekali seumur hidup.
 
 
 

Proudly powered by WordPress

Kemaskini Akhir: 12 October 2017 07:44 PM