BERDAILOG DENGAN
JIN DARI BAGHDAD

 Laman Utama > Galeri > Nukilan > Macam Macam Ada > Misteri > Berdailog Dengan Jin Dari Baghdad





Bulu romanya meremang. Tanpa menghiraukan apa yang berlaku, Pak Itam meneruskan khutbah. Dia tidak dapat menghentikan khutbahnya dan terus bercakap. Rasa hairan timbul dalam benak fikirannya, suaranya jadi garau, tetapi begitu fasih berbahasa Arab. Padahal, Pak Itam tidak pernah belajar bahasa itu. "Kerasukan ini seakan menjadi sebahagian dalam kehidupan saya, hampir setiap hari jin itu akan hadir dan member! ceramahnya kepada sesiapa sahaja yang ada berdekatan dengannya.

Ayah saya cuba mengubatinya dengan membawa beberapa orang bomoh dan ustaz tetapi malangnya,  jin itu semakin agresif," ujar Pak Itam ketika bertemu dengan Prof Dr Shahrin Abdul Rahman atau dikenali sebagai Ustaz Shahrin. Sememangnya kehebatan Ustaz Shahrin dalam mengubati penyakit-penyakit 'halus" ini memang tidak dapat dinafikan.

Pak Itam bertemu Ustaz Shahrin. Di Klinik Qalbun Salim di Taman Sabariah, Pengkalan Chepa, Pak Itam ditenteramkan oleh Ustaz Shahrin. Ketika itu, Pak Itam dipapah oleh beberapa kawan yang menemaninya. Mukanya pucat dan mengigil. Sewaktu Ustaz Shahrin memegang Pak Itam, dia terasa sesuatu seperti kejutan elektrik. "Saya minta keluarga Pak Itam menebuk dua biji kelapa muda, menyediakan alat mandian untuk Pak Itam. Bila siap kesemuanya, saya akan memulakan rawatan dengan meminta pesakit membaca istighfar 100 kali, selawat 100 kali dan kalimah toyyibah 100 kali sebagai proses pembersihan dan sementara itu saya menjalankan ritual untuk mengeluarkan jin dari badan Pak Itam," jelas Ustaz Shahrin sambil didengari oleh beberapa orang rakan Pak Itam dan ahli keluarganya.
www.familiazam.com
     Sewaktu Ustaz Shahrin membaca 70 kali ayat Kursi, Pak Itam terus kerasukan, tetapi tidak agresif. Watak jin bertukar-tukar. Ustaz Shahrin yakin, jin itu juga berbeza-beza. Tetapi jin terakhir sekali itulah jin induk kepada jin-jin lain yang bernama Abdul Qahar. Ketika jin Abdul Qahar dirukyahkan (dibacakan beberapa ayat dari al-Quran), jin itu berbicara dalam pelat Arab Melayu. Jin mengatakan datang dari Baghdad. Cuma sudah lama bermastautin di Kota Bharu.
www.familiazam.com
     Bila Ustaz Shahrin tanya bagaimana jin itu boleh merasuk ke dalam badan Pak Itam, kata jin yang lebih kurang maksudnya, "siapa suruh Pak Itam membaca wirid tanpa ada panduan dari orang yang pandai tentang hikmah. Jadi sebab itulah aku (Jin Abdul Qahar) merasuknya." Barulah Ustaz Shahrin tahu, selama ini Pak Itam mengamalkan bacaan wirid tanpa mendapat panduan guru atau orang yang bijak pandai dalam pengamalannya. Pak Itam telah membeli beberapa buah buku wirid dan mengamalkan secara berlebih-lebihan serta menambah bilangan wirid mencapai ribuan.
www.familiazam.com
     Berlakulah sesi dialog antara jin dan Ustaz Shahrin. Ustaz Shahrin telah mengambil pendekatan "memujukf dan tidak memaksa. Jin itu diberi tempoh untuk keluar dari badan Pak Itam dalam tempoh seminggu. Dalam pada itu, Pak Itam telah dimandikan dengan bahan-bahan yang telah dijampi dengan ayat-ayat suci al-Quran. Seminggu lagi, Pak Itam kembali semula. Ketika itu, jin Abdul Qahar datang dan berjanji akan keluar pada hari itu juga dan tidak akan mengganggu Pak Itam. Ustaz Shahrin meminta Abdul Qahar supaya pulang ke Baghdad untuk berkhidmat di negaranya yang asal bersama dengan kumpulannya. Kini Pak Itam telah pulih seperti sedia kala dan dapat menjalani kerja dan penghidupan sehariannya dengan baik.
www.familiazam.com
"Jangan mengamalkan sesuatu wirid atau mempelajari sesuatu ilmu itu tanpa guru yang membimbing. Dapatkan guru yang betul-betul arif dalam bidang tersebut walaupun secara jarak jauh," nasihat Ustaz Shahrin kepada Pak Itam.

OLEH: NUR HAZLAWATI AB RAHMAN

Mutiara Kata: "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain. Fikirkan tentang dirimu. Jika satu bangsa telah mula berfikir, tidak ada satu kekuatan pun yang boleh menghentikannya"


Bagaimana Memulakan Bisnes Burger Dengan Pendapatan 5 Angka Sebulan.

Didedahkan Secara Langkah-Demi-Langkah Oleh Seorang Anak Kepada Jutawan Senyap Malaysia!

 
NOTIS
Pengunjung dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan dari laman ini sebagai perkongsian maklumat
dengan syarat seperti di bawah:
1-Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com pada setiap dokumen yang telah di copy.
2-Copy & upload images ke hosting anda sendiri atau free hosting jika bertujuan untuk disiar di blog sendiri.
3-
Menghubungi kami [email, borang, whatsapp atau sms] memohon izin adalah sikap dan jalan terbaik.
 
 
  MENU UTAMA
 
 
  IKLAN BERBAYAR
 
 
  IKLAN BERBAYAR
RAWATAN, PERUBATAN, PERSILATAN & KEMAKRIFATAN

Kami BUKAN Tok Bomoh, Pak Dukun atau pun Pak Ustaz. Kami hanyalah insan biasa seperti anda. Kami menyediakan rawatan bagi segala permasalahan berkaitan dengan gangguan jin atau sakit misteri seperti:

Gangguan Saka, Terkena Sihir, Pulih Rumah, Pulih Kedai, Rawatan Terkena Santau, Berbagai Masalah Berkaitan Ilmu Hitam.
Serta:
Membersih Dan Menyucikan Hati, Rawatan Pemulihan Dadah, Masalah Perhubungan Suami-isteri Dan Penyakit Fizikal.

Untuk Rawatan Dan Belajar Ilmu Kenal Diri Sila Hubungi:
 

Md Hatta Yusof
Call  Me / Whatsapp Me / SMS Me
 
Laman Web: http://kenal-diri.net
 
 
  PROGRAM MY REZEKI
Salam Sejahtera & Salam Silaturrahim.

Selalu bermasalah tak cukup duit?
Hutang PTPTN sudah tertunggak?
Cukai jalan dan insuran dah nak mati?
Duit poket sudah menipis?
Teringin nak tukar motorsikal?
Teringin nak tukar kereta?

Nak cari duit lebih.
Sila daftar PERCUMA di link berikut:
familiazam.com/myrezki

Saya akan tunjuk cara menjana pendapatan dengan mudah tanpa susah payah nak cari orang dan menjual produk...
Rebutlah peluang yang mungkin hanya datang sekali seumur hidup.
 
 
 

Proudly powered by WordPress

Kemaskini Akhir: 12 October 2017 07:44 PM