|
[
Petua Di
Dapur 1 |
Petua Di Dapur 2 ]
Semoga petua didapur yang kami paparkan dibawah akan dapat sedikit
sebanyak membantu para surirumah yang menghadapi masaalah yang berkenaan
perkara-perkara seperti dibawah. Jika anda ingin menyumbangkan petua sila
emailkan kepada kami ke alamat: al_quazam at yahoo
dot com atau
klik disini
MENU PETUA DIDAPUR 2
21- Minyak lembutkan kuih
apam
www.familiazam.com
Kuih apam adalah makanan kegemaran semua generasi. Untuk
menghasilkan kuih apam yang halus dan lembut, serta tahan lama
kelembutannya, anda boleh gunakan minyak masak. Caranya ialah
masukkan sesudu minyak masak ke dalam adunan kuih apam yang telah
siap dibancuh dan gaul hingga sebati. Kemudian, kukus adunan kuih
tersebut. Pastinya, apam yang terhasil akan halus dan tidak melekat
pada acuan.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 2]
22- Ikan panggang seenak bau dan rupa
Ikan panggang memang menyelerakan. Baunya sahaja menaikkan selera
makan kita. Sekiranya ingin bau wangi dan nampak menyelerakan,
cubalah petua ini. Balut ikan tersebut dengan daun kunyit sebelum
diperap. Kemudian, bakar ikan tersebut dengan api yang sederhana.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 2]
23- Rangupkan cucur
www.familiazam.com
Bagi penggemar cucur udang, ikan bilis, jagung mahupun pisang,
mungkin tidak mahu melepaskan peluang menikmati hidangan ini panas
panas. Tambah tambah lagi dengan kerangupannya. Untuk merangupkan
cucur supaya lebih enak dimakan, masukkan dua sudu besar
minyak panas ke dalam bancuhan tepung cucur anda. Kacau bancuhan
tersebut hingga sebati dan goreng.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 2]
24- Hilangkan bau hanyir
ikan sungai
Bau nanyir ikan sungai sememangnya KurancimenyenaiiyKaii. lapi
UIIIUK atasi masalah ini tidak susah, anda cuma perlu rendamkan ikan
sungai yang telah disiang dengan air cucian beras. Biarkan selama
beberapa minit, kemudian bilas dengan air bersih. Selepas itu
bolehlah dimasak mengikut resipi kegemaran anda.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 2]
25- Tanggalkan kesan getah nangka
www.familiazam.com
Buah nangka sememangnya enak di makan. Baunya saja sudah cukup
menambat hati. Namun setiap kali memakannya kita tentu akan berdepan
dengan masalah hendak menanggalkan getah nangka yang terkena pada
tangan dan perkakas yang digunakan. Sekarang, tidak perlu risau lagi.
Setiap kali terkena getah nangka, anda hanya perlu gos-okkan hampas
kelapa pada tangan atau perkakas yang terkena getah tadi berulang
kali sehingga bersih. Insya-Allah anda akan berpuas hati dengan
hasilnya.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 2]
26- Bawang goreng tahan lebih lama
Untuk mendapatkan bawang goreng yang tahan lebih lama, mula-mula
ren¬damkan bawang yang telah dimayang di dalam air garam selama 10
minit. Bilas dengan air bersih. Gorengkan bawang tersebut di atas
api sederhana sehingga garing. Selepas itu simpan-kannya di dalam
bekas kedap udara. Insya-Allah bawang goreng akan tahan lebih lama
dan tidak mudah lemau.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 2]
27- Tangan berbau hanyir
www.familiazam.com
Selepas menyiang ikan, tangan biasanya akan berbau hanyir dan akan
membuat anda rasa tidak selesa. Untuk menghilangkan bau hanyir yang
tidak menyenangkan ini, cuba lumurkan sedikit halia yang ditumbuk
pada tangan anda. Insya-Allah bau hanyir akan hilang.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 2]
28- Menggoreng ikan gelama masin
Jika kita menggoreng ikan gelama masin kadang kala kepalanya akan
terpisah dari badan atau lebih teruk lagi hancur terus apabila
diterbalikkan dan diangkat setelah masak. Tapi kalau anda inginkan
ikan gelama masin yang tergoreng cantik terutamanya untuk
dihidangkan pada tetamu, bolehlah mencuba petua berikut. Mula-mula
bersihkan seperti biasa. Kemudian ambil sedikit tepung gandum. Tabur
atau lumurkannya pada bahagian ekor ikan. Selepas itu gorengkannya.
Pasti ikan akan kelihatan cantik kekuningan. Selamat mencuba!
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 2]
29- Elakkan mata berair
kerana bawang
www.familiazam.com
Rendam bawang dalam bekas berisi air, anda boleh mengupas terus
bawang yang direndam tadi di dalam air. Ada satu cara lagi, anda
boleh simpan bawang yang hendak digunakan esok hari di dalam peti
sejuk tanpa mengupas kulitnya. Keesokkan harinya anda boleh mengupas
dan memotong bawang tersebut tanpa mata rasa pedih dan berair.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 2]
30- Limau nipis segarkan taugey
www.familiazam.com
Umum mengetahui bahawa sayur taugey tidak tahan lama untuk disimpan.
Namun jika anda hendak menyimpan lebihan taugey yang tidak habis
digunakan, bolehlah mengikut petua ini. Caranya masukkan taugey
tersebut kedalam bekas berisi air kemudian perahkan limau nipis ke
dalam bekas taugey tersebut. Gaulkan dengan sebati dan sayur taugey
anda akan tahan lebih lama dari biasa.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 2]
31- Tauhu tahan lama
Bagi membolehkan tauhu yang kita beli dapat bertahan lama, cucu
dengan air bersih. Tuskan tauhu sehingga ia kering dan
tuangkan air panas. Biarkan sehingga ia sejuk.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 2]
32- Hilangkan lemak ayam
Basuh ayam menggunakan air bersih. Buangkan air tersebut dan ambil
tepung gandum, sapukan pada ayam tersebutdengan sedikit air selepas
itu bolehlah dibersihkan semula dengan air bersih.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 2]
33- Hilangkan gatal sulur keladi
Setelah dibersihkan celupkan sulur keladi dengan air asam jawa dan
sedikit garam. Kemudian bolehlah dimasak mengikut citarasa anda.
[Kembali
Ke Menu Petua Di Dapur 2]
Kemaskini: 20 Disember 2009
|