| JIKA KITA
DITIMPA MUSIBAH |
 |
|
|
Apakah yang akan kita lakukan jika ditimpa sesuatu musibah? Musibah
ialah apabila sesuatu perkara yang buruk berlaku menimpa kita.
Misalnya ahli keluarga kemalangan, barang berharga dirompak, anak
terlibat dengan dadah dan sebagainya. Apakah yang akan kita perbuat
ketika itu? Adakah kita akan mengambil sikap menceritakan kepada
semua orang yang berjumpa kita? Adakah ketika itu pun kita pun
mempamerkan sikap kecewa, tidak berpuas hati dan kesedihan atas apa
yang telah berlaku. "Barang saya hilang.....anak saya terlibat
dengan dadah..." dan sebagainya.
http://familiazam.com
Sikap suka menceritakan kesusahan atau musibah yang menimpa diri
secara tak langsung memperlihatkan sikap kita memprotes takdir Tuhan.
Apakah dengan sikap suka menceritakan kesusahan ini boleh
menyelesaikan masaalah? Sejauh mana kawan-kawan yang mendengar dapat
menolong sedangkan mereka juga makhluk Allah yang juga banyak
masaalahnya.
http://familiazam.com
Sekiranya kita ditimpa musibah, tempat yang paling baik kita mengadu
ialah kepada Allah SWT. Kita bangun malam, bersolat tahajud.
Kemudian menangis dan merintih kepada Allah kerana Dialah
sebaik-baik tempat pengaduan. Kita mesti yakin Dia sahaja yang dapat
menolong. Oleh itu, apabila ditimpa musibah, sebutlah seperti apa
yang Allah firmankan di dalam Al Quran iaitu: orang-orang yang
ditimpa musibah mengucapkan "INNALILAHI WA INNA ILAHI RAAJIUN" (Surah
Al Baqarah : Ayat 156). Nabi juga berpesan jika ditimpa musibah,
supaya ditambahkan pula dengan doa: "Ya Allah, berikanlah kepadaku
pahala dalam musibah ini, dan gantikanlah aku dengan yang lebih baik
daripadanya".
http://familiazam.com
Malangnya zikir ini disalah ertikan. Ramai dikalangan kita membaca
zikir ini ketika diberitahu tentang kematian sesaorang, sedangkan
kita boleh membacanya apabila ditimpa musibah dalam bentuk lain.
http://familiazam.com
Pernah Ummu Salamah yang telah tua (hampir 70 tahun) kematian
suaminya Abu Salamah. Dia merasa sungguh sedih kerana terlalu sayang
kepada suaminya ini. Siang dan malam matanya tidak boleh tidur.
Tiba-tiba dia teringat suaminya pernah memberitahu, jika ditimpa
sesuatu musibah Nabi Muhammad SAW mengajarkan membaca zikir seperti
disebutkan tadi. Ummu Salamah terus membacanya siang dan malam.
Selepas habis edahnya, dia dilamar oleh Syaidia Abu Bakar r.a,
tetapi ditolaknya.
http://familiazam.com
Kemudian Ummu Salamah dilamar Syaidina Umar Ibni Al Khattab, namun
dia menolak lamaran itu. Akhirnya Rasulullah menghantar orang untuk
melamarnya, namun dia menolak dengan alasan sudah terlalu tua, ramai
anak dan pencemburu orangnya. Namun Rasulullah tidak keberatan, mka
berlangsunglah perkahwinan Ummu Salamah dengan manusia yang paling
baik didunia sebagaimana permintaannya di dalam zikirnya sebelum ini.
http://familiazam.com
Oleh itu, sekiranya kita ditimpa musibah, bersabarlah dan redha
disamping membaca zikir tadi. Yakinlah bahawa Allah sentiasa
mendengar apa yang terlintas dihati kita dan sentiasa bersama kita. |
|
Mutiara Kata:
"Adalah lebih baik untuk mengetahui kelemahan &
kegagalan sendiri daripada menuding kesalahan kepada pihak lain" |
|
|

Berpeluang untuk temuduga SPA, tapi bimbang gagal?

Ketahui rahsia lulus temuduga SPA dengan
mudahnya dan seterusnya bergelar sebagai PENJAWAT AWAM!! Kerja Kerajaan
dalam genggaman... hadiri temuduga kerja kerajaan berbekalkan keyakinan
yang tinggi untuk lulus.
|
|
|
|
 |
|
Main Menu |
|
|
|
Notice |
Pengunjung
dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan
dari laman ini sebagai perkongsian maklumat
dengan syarat:
|
1- |
Meletakkankan Sumber:
http://familiazam.com pada
setiap dokumen yang telah di
copy. |
|
2- |
Copy & upload images ke hosting
anda sendiri atau free hosting
jika bertujuan untuk disiar di
internet. |
|
3- |
Menghubungi kami [email,
borang
atau sms] memohon izin adalah
sikap dan jalan terbaik |
|
4- |
Nyatakan tujuan dan url jika di
copy untuk dimuatkan dalam web,
blog.atau laman sosial seperti
facebook dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
Follow
Me |
|
|
|
|
|
Paid-up
Advertisement |
|
|
|
Text Advertisement |
|
RAWATAN, PERUBATAN,
PERSILATAN & KEMAKRIFATAN
Membersih Dan Menyucikan Hati, Pemulihan
Penagihan Dadah, Membuang Saka, Terkena Sihir,
Terkena Santau,
Pulih Rumah, Pulih Kedai, Pulih Kilang,
Masalah Kecurangan Suami Isteri, Masalah Keluarga
& Anak-anak,
Sakit Misteri & Sebagainya.
Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

PAK HASSAN

SMS KE: 017 390 8287
http://rawatan-tradisional.com
http://rawatan-perubatan.blogspot.com |
- Pesakit
akan dibimbing untuk merawat diri sendiri
semasa dan selepas rawatan.
- Tiada
unsur khurafat, penggunaan khadam & jin.
- Cara
rawatan dan perubatan tidak lari dari akidah
islam.
- Bersedia
untuk datang merawat di rumah pesakit (Untuk
kawasan berhampiran Muar sahaja).
- Untuk
keselesaan pesakit, rawatan boleh dilakukan
di rumah pesakit sendiri.
- Boleh
merawat pesakit yang bukan beragama islam.
- Boleh
mengajar dan menurunkan ilmu kepada sesiapa
yang benar-benar berhajat.
|
|
|
|
|
|