SOAL JAWAB AGAMA BERSAMA DATO' DR. MASHITAH 2

 

Soal Jawab Bersama:  [ Dr Mashitah 1 | Dr Mashitah 2 | Dr Mashitah 3 ]

Soalan-soalan:


GUNA TUALA LAMA KETIKA HAID
Soalan 11: Saya anak sulung dari-pada tiga beradik. Ibu saya ibu tunggal yang bekerja sebagai kerani untuk menyara kami. Memandangkan pendapatan ibu tidak seberapa, dia mengajar kami menggunakan kain batik dan tuala lama ketika haid (yang dibasuh bersih dan digunakan semula) atau solat apabila ada keputihan. Saya ingin tahu, adakah cara ini dibenarkan kerana apabila balik ke kampung, saya masih menggunakan kain apabila haid.
- LINDA, Batu Caves, Selangor
http://familiazam.com
Jawapan: Haid adalah darah kotor yang mesti dibersihkan. Apa cara pun boleh digunakan, sama ada tuala pakai buang cara moden atau tuala pakai basuh cara lama. Yang penting bukan jenisnya, tap! kebersihan yang mesti dijaga rapi.Jika pakai tuala yang dibasuh, pastikan ia dicuci bersih dan kering sebelum dipakai semula bagi menjaga kebersihan dan ke-sihatan. Jika mampu, tukar pada tuala pakai buang kerana kebersihannya lebih terjamin, selain mudah dijaga.

Harganya pun tidak terlalu mahal untuk dibeli, tetapi mampu untuk semua wanita. Keyakinan diri juga akan bertambah bila kita pasti kebersihan terjamin. Kain tuala pakai basuh kadangkala boleh menyebabkan kebocoran dan menyusahkan pergerakan wanita. Zaman sudah berubah, sedikit sebanyak ikuti perubahan zaman, apalagi pada perkara baik dan berfaedah.


HAK SUAMI ATAS HARTA ISTERI
Soalan 12: Suami ada hak ke atas harta pusaka milik isteri apabila isteri meninggal dunia, walaupun mereka baru bernikah.Jika seorang wanita itu ada sedikit harta sebelum berkahwin (yang dicarinya sendiri) adakah suami juga ada hak terhadap harta milik isteri (bukan harta sepencarian) apa¬bila mereka bercerai?

Bolehkah wanita merahsiakan harta miliknya (yang di-peroleh ketika bujang) daripada pengetahuan suami? Ini kerana ramai wanita sekarang memiliki pendidikan baik, bijak menabung, berkahwin lewat dan berpendapatan tinggi kerana bimbang jika diberitahu, lelaki mengahwini mereka kerana mahu menumpang kesenangan dimiliki.
- AINA, Selayang, Selangor
http://familiazam.com
Jawapan: Hukum faraid menentukan wanita yang mati meninggalkan suami, suami ada hak atas harta yang ditinggatkan sebanyak separuh jika tiada anak dan jika ada anak, haknya sebanyak satu perempat. Penentuan sama ada harta itu diklasifikasikan sebagai harta sepencarian akan ditentukan mahkamah dengan melihat pelbagai aspek dan sudut yang adil bag! kedua-dua pihak.

Islam menentukan isteri boleh mendapat hak harta sepencarian suami, sedangkan harta seorang isteri yang diperoleh secara warisan atau hasil usaha sebelum perkahwinan tidak dlkira sebagai harta sepencarian.la adalah milik isteri. Apa pun perlu diingat, alam perkahwinan membawa erti perkongsian. la bukan sekadar kongsi rasa, rahsia dan harta, bahkan lebih daripada itu.


SYARAT SOLAT JAMAK
Soalan 13: SoalanBaru-baru ini seorang rakan memberitahu pandangan seorang ahli agama mengenai sembahyang jamak yang dibaca dalam sebuah rencana.Katanya, menurut artikel itu, walaupun sembahyang jamak dan qasar adalah kemudahan untuk dilaksanakan pengembara, tetapi dalam dunia moden ini konsep sembahyang jamak boleh digunakan dalam keadaan tertentu di tempat sendiri.

Contohnya jika jadual kerja seseorang individu itu terlalu penuh (seperti dua mesyuarat berturut-turut pada waktu petang sehingga mengambil masa lama), dia boleh mengerjakan sembahyang jamak (contoh Zohor dan Asar). Sebenarnya itu kali ketiga saya mendengar pendapat seperti itu. Malah, sebelum ini seorang pelajar universiti Islam turut memberitahu, seseorang boleh mengerjakan sembahyang jamak sebelum memulakan perjalanan jauh (melebihi dua marhalah atau 90 kilometer).Soalan saya, adakah sembahyang jamak dan qasar memang dikhususkan untuk pengembara saja? Boleh Datuk beri penjelasan mengenai pendapat itu?
-JAHID, Kuala Lumpur
http://familiazam.com
Jawapan: Islam agama yang sesuai untuk sepanjang zaman. Bagaimanapun, syariatnya tidak berubah atas nama kemodenan. Dunia moden wajib menyesuaikan dengan agama dan bukan sebaliknya. Ada perkara tertentu yang boleh berubah dalam ijtihad, ada perkara yang diistilahkan qatie yang sama sekali tidak boleh berubah.

Solat antara syariat yang tidak berubah. Agama menentukan solat qasar dan jamak sebagai rukhsah atau kemudahan bag! orang yang bermusafir atau dalam perjalanan. Tidak boleh jamak atau qasar solat dalam keadaan mastautin dengan sebab kesibukan bermesyuarat.
Sibuk mesyuarat bukan alasan yang membolehkan qasar dan jamak. Jangan kerana urusan duniawi, kita memutarbelitkan agama kita. Tidak benar pendapat mengatakan padat mesyuarat membolehkan qasar dan jamak.

Ambil masa sedikit untuk keluar solat antara dua mesyuarat itu yang tidak akan memakan masa lama. Rujuk dalam mana-mana pendapat ulama, semuanya bersepakat qasar dan jamak syaratnya ialah memulakan perjalanan dan bukan sebelum perjalanan bermula. Jika kita keluar dari rumah sebelum masuk waktu solat dan setelah keluar daerah maka masuk waktu, baru harus qasar dan jamak dalam perjalanan itu.


BENCANA ALAM BANYAK SEBAB
Soalan 14: Dalam kenyataan akhbar, ulama Indonesia, Abu Bakar Bashir, berkata malapetaka seperti tanah runtuh dan banjir yang melanda Jawa Tengah baru-baru ini adalah tanda kemurkaan Allah terhadap perlakuan tidak bermoral penduduk di negara itu yang perlu diinsafi dan dijadikan iktibar.

Pendapat itu disokong sesetengah gblongan di sini yang turut melihat pelbagai bencana alam di negara kita juga antara bala atau tanda balasan Tuhan berikutan banyak kemungkaran dan maksiat.Bagaimanapun, ada pula yang berpendapat ia kesan daripada perubahan iklim, kerakusan manusia memusnahkan alam dan tidak membuat perancangan teliti untuk kemajuan. Adakah benar bencana alam itu antara petunjuk kepada kemurkaan Tuhan? Apakah perkara yang boleh menyebabkan turunnya bala?
-KN, Johor
http://familiazam.com
Jawapan: Memang wujud perselisihan pendapat di antara saintis dan ahli agama berhubung bencana sama ada ia fenomena biasa alam atau balasan Tuhan akibat kejahatan manusia. Bagi orang Islam, kita mengakui musibah yang menimpa manusia adalah peristiwa alam biasa. la fenomena alam yang juga qada bagi membuktikan kekuasaan Allah seperti mana firman Allah dalam surah al-Hadid ayat 22.

Musibah dan bencana bukan hukuman Allah ke atas manusia seperti mana berlaku pada umat dulu seperti umat Nabi Nuh dan Nabi Lut misalnya.
Ini kerana umat Nabi Muhammad SAW hanya akan menerima balasan di akhirat. Sebaik-baiknya kita terima bencana ini sebagai ujian Allah untuk menguji tahap kesabaran dan ketakwaan. Bencana alam berlaku kerana banyak sebab. Al-Quran menjelaskan, ia akibat perbuatan manusia yang tidak menjaga alam sehingga berlaku bencana.

Bencana alam memberi alamat pada manusia supaya terus membuat kajian dan penelitian untuk memelihara, memakmurkan bumi dan menjaga keharmoniannya. Manusia wajib mencari punca dan mengambil langkah berjaga-jaga. Dalam masa sama, ia adalah peringatan supaya manusia menjauhi maksiat dan larangan yang membawa kemurkaan Allah. Antara perkara yang membawa kemurkaan Allah ialah syirik, mendustakan agama, pemimpin yang tidak adil dan amanah serta perpecahan dan persengketaan.


TERIMA E-MEL KESAN TANDA HARI KIAMAT
Soalan 15: Saya menerima e-mel mengatakan ahli sains (astronomi) Barat sebenarnya mengesan pergerakan planet Marikh yang terbalik (melawan arah pusingan yang sepatutnya) dan ia mempengaruhi pergerakan planet berhampiran seperti bumi. Akibatnya matahari tidak lagi terbit di timur, sebaliknya di barat. Menurut pengirim itu lagi, ini antara tanda kiamat. Selain itu, antara tanda jelas ialah apabila lelaki kini mula mengabaikan tanggungjawab mereka melindungi wanita (khu-susnya isteri) dan hilang sifat kelelakian.

Walaupun tidak dapat dipastikan kesahihan e-mel ini, ia membuka mata saya kerana tanda kedua ini nyata. Adakah ia benar dan apakah tanda kiamat (awal dan akhir)?
-INSAF, Melaka
http://familiazam.com
Jawapan: Persoalan bila berlaku kiamat pernah ditanya seorang hamba Allah kepada Rasulullah satu ketika dulu.
Jawapan baginda sangat jelas, iaitu "tidaklah yang ditanya itu lebih tahu daripada yang bertanya."
Ertinya, baginda sendiri selaku penerima wahyu tidak dimaklumkan Allah bila berlaku kiamat.
Bagaimanapun, memang ada tanda kecil dan besar mengenai kiamat yang dije-laskan dalam banyak hadis Sahih Muslim, Bukhari dan Termizi. Antaranya ialah:
• Terbit matahari dari sebelah barat.
• Gerhana sebelah timur.
• Gerhana sebelah barat..
• Banyak pemakan riba.
• Orang kaya diagungkan.
• Orang fasik bersuara lantang dalam masjid.
• Ahli mungkar lebih menonjol daripada ahli haq.
• Persetubuhan haram herleluasa.
• Anak zina merata-rata. Putus hubungan kerabat dan tetangga.
• Ramai orang soleh mati. Masjid dibina untuk hiasan dan bermegah.
• Orang hina mendapat tempat.
• Wanita berpakaian tapi telanjang.
• Banyak dusta dan tidak tepat menyampaikan berita.
• Ramai saksi palsu.
• Homoseksual berleluasa.
• Lelaki taat isteri dan derhaka pada ibu.
• Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan, tapi kerana takut kejahatannya.
Wallahualam.


CARI REZEKI DENGAN CARA MENIPU
Soaian 16: Saya berkenalan dengan seorang lelaki yang nampak baik dan alim. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Dr A, tetapi ini bukan nama sebenarnya.Namun nama itu membuatkan dia dihormati ke mana saja dia pergi. Begitu juga dengan saya. Saya berasa teruja dan mengagumi budi bahasanya, tutur katanya sopan dan teratur.Bagaimanapun, saya terkejut pabila diberitahu supaya berhati-hati berkawan dengan Dr A kerana dia bukan doktor sebenar. Dia sendiri yang meletakkan gelaran doktor di pangkal namanya.

Saya ingin tahu, apakah hukumnya orang yang menipu orang ramai dengan meletakkan gelaran doktor, profesor atau sebagainya pada nama mereka? Adakah rezeki yang diperoleh dengan menipu orang ramai halal? Adakah rezeki yang diperoleh dengan menipu orang ramai-(bag! meraih kepercayaan mereka) halal?
-TERTIPU, Kuala Lumpur
http://familiazam.com
Jawapan: Perbuatan menipu dengan apa cara dan helah sekalipun memang dilarang dalam agama kita.Jika benar dia bukan mempunyai gelaran berkenaan dan tahu bahawa dengan memakai gelaran itu dia meraih keuntungan dan rezeki, maka hukumnya berdosa. Memang wujud segelintir manusia yang sengaja berbuat demiklan untuk mendapat perhatian ramai.

Bahkan ada yang tidak lulus universiti tanpa segan silu memaklumkan mereka adalah keluaran universiti, sedangkan mereka sedia maklum maksud keluaran ialah mereka yang lulus dari universiti. Rezeki yang halal bukan saja bergantung pada zat rezeki berkenaan dan puncanya, tetapi jalan mendapatkannya juga penting. Erti kata jalan halal ini ialah menggunakan gelaran seperti yang dibincangkan.


SUAMI NIKAH LAIN TANPA PENGETAHUAN ISTERI
Soalan 17: Saya adalah suri rumah yang ada tiga anak. Walaupun suri rumah, saya ada pekerjaan sambilan dengan pendapatan RM2,000 sebulan.Baru-baru ini saya mendapat tahu suami berkahwin lain secara sembunyi. Saya tidak pasti berapa lama dia sudah bernikah dengan isteri keduanya, tetapi tindakannya membuat saya rasa sangat kecewa.

Jika diikutkan, dia memang tidak mampu berpoligami, terutama daripada sudut ekonomi. Daripada berita yang saya dengar, isteri keduanya berjawatan tinggi dan berpendapatan besar. Ini membuatkan saya lagi berasa tertekan dan terasing. Saya sudah tawar hati untuk melayaninya apabila memikirkan sikap penipunya. Apa harus saya lakukan?
-ISTERI SEDIH, Selangor
http://familiazam.com
Jawapan: Rasa kecewa ada ketikanya boleh diubati dan dirawat, dan ada ketikanya menyebabkan kita bertindak lebih jauh. Semua bergantung pada keadaan puan sendiri. Mungkin kerana baru menerima berita ini, puan berasa teramat kecewa dan sukar menerima hakikat dimadukan.Jangan bertindak terburu-buru, bimbang ia merugikan semua pihak. Kehidupan suami isteri memerlukan kedua-dua pihak memahami antara satu sama lain dan herkomunikasi dengan balk.Nasihat saya, beri sedikit ruang dan masa pada diri puan untuk menerima keadaan ini.

Ajak suami berbincang bagaimana dia akan memberi nafkah, menjadi suami adil dan lebih bertanggungjawab menangani dua isteri. Jika puan dapati selepas semua usaha menyesuaikan diri dengan keadaan baru ini terlalu sukar diterima dan bersedia menjadi ibu tunggal, jalan terakhir ialah minta suami lepaskan cara baik. Bagaimanapun saya berasakan keputusan ini sepatutnya menjadi pilihan terakhir, iaitu apabila semua usaha menyelamatkan rumah tangga gagal dicapai.


DERHAKA KEPADA IBU BAPA
Soalan 18:
Apakah yang perlu dilakukan oleh seorang anak yang pernah menderhaka kepada ibu bapanya dan mentua ketika mereka hidup sebelum dia pergi menunaikan haji? Apa yang dikesalkan ialah ibu bapa dan mentua sudah meninggal dunia sebelum dia sempat memohon ampun bagi kesalahannya.
-AIMAN, Alor Star, Kedah
http://familiazam.com
Jawapan: Rasulullah SAW ada menyebut dalam sebuah hadis bahawa tanggungjawab seorang anak masih boleh diteruskan walaupun selepas kematian ibu bapa. Antaranya ialah mendoakan ibu bapa, melakukan amal jariah untuk mereka, menyambung silaturahim dengan teman mereka, menunaikan hajat atau wasiat yang ditinggalkan serta menziarahi kubur mereka untuk mendoakan mereka. Banyakkan melakukan sedekah untuk mereka kerana dengan membanyakkan kebaian dan kebajikan pada ibu bapa akan meringankan azab serta mohonlah ampun untuk ibu bapa.


AJARAN SESAT
Soalan 19: Saya ingin tahu, adakah pengikut ajaran sesat secara automatik menjadi murtad (kerana ada sesetengahnya mungkin mengikut atau terpengaruh dengan kawan)?
Jika mereka tersedar, bagaimanakah cara untuk bertaubat? Selepas bertaubat tetapi masih mengikuti pergerakan (bukan dengan kerelaan, tetapi kerana bimbang keselamatan terancam) adakah mereka dikira murtad semula?
- INGIN TAHU, Shah Alam
http://familiazam.com
Jawapan: dikira murtad, ulama meletakkan dua syarat iaitu pertama, berakal, kerana tidak sah murtad orang yang gila dan kanak-kanak.
Kedua, kerana pilihan sendiri atau sukarela. Tidak sah murtad orang yang dipaksa atau terpaksa, sedangkan hatinya masih beriman.
Orang murtad yang mahu bertaubat perlu benar-benar insaf, melakukan solat taubat nasuha dan mengucap dua kalimah syahadah.
Tidak perlu beliau menguap syahadah di depan seorang saksi, namun beliau boleh juga bersaksi di depan saksi yang layak seperti imam dan kadi jika mahu.
Agama Islam yang suci dan ajaran sesat sangat berbeza daripada segi fahaman dan amalan kebiasaan. Sebelum mengikuti apa-apa ajaran, teliti dulu supaya tidak hanyut dan disesatkan amalan yang bukan-bukan.


REMAJA ANAK LUAR NIKAH TERTEKAN
Soalan 20: Saya remaja berusia 16 tahun. Saya dilahirkan lima bulan selepas ibu bapa bernikah. Memang nama saya tidak dibintikan dengan nama bapa, tetapi 'Abdullah'. Saya sangat terkilan apabila mengetahui saya anak luar nikah, walaupun ibu bapa melayan saya dengan baik sama seperti adik lain.Walaupun perkara ini hanya menjadi rahsia keluarga (yang tua) saya sering berasa rendah diri dan malu mengenangkan status saya. Saya tahu ini bukan salah saya, tetapi saya tetap berasa kesannya.Malah, saya juga tidak tahu apa yang perlu dijawab apabila adik bertanya kenapa nama bapa kami berbeza, sedangkan saya bukan anak angkat. Malah, ibu bapa juga beralih ke topik lain jika perkara ini ditimbulkan.

Adakah hubungan saya dengan adik dikira muhrim? Saya juga pernah terbaca, hak anak luar nikah tidak sama dengan anak sah. Apakah hak untuk anak seperti saya?
Bagaimanakah cara terbaik untuk menerangkan status saya kepada adik? Kadangkala saya malu dan sangat rendah diri dibandingkan dengan adik yang saya anggap sangat bertuah.
- TERTEKAN. Johor
http://familiazam.com
Jawapan: Anak luar nikah adalah anak yang dilahirkan di luar ikatan pernikahan atau persetubuhan yang tidak sah daripada segi akad nikah. Pun begitu, anak yang lahir di luar ikatan perkahwinan yang sah adalah suci daripada dosa seperti bayi lain, kerana tiada anak yang dilahirkan ke dunia ini berstatus haram.

Pandangan masyarakat yang memandang rendah anak sebegini harus diubah. Yang salah adalah ibu bapa, bukan si anak.
Daripada segi perundangan syariah, status saudari akan hanya member! kesan terhadap pembahagian harta si bapa, tidak dengan harta si ibu. Ini kerana hubungan ibu dan anak selama-lamanya tidak akan terputus.

Dalam hal wali pernikahan, bapa saudari tidak boleh menjadi wali saudari. Hubungan saudari dengan adik lain tetap dikira sebagai mahram, yakni seperti adik-beradik biasa. Paling tidak bila ibu menyusukan saudari, semua saudara mempunyai hubungan susu. Sebagai seorang insan, saudari sama saja dengan hamba Allah yang lain. Jadi tidak perlu saudari rendah diri dan malu kerana seseorang itu tidak boleh dipersalahkan atas kesalahan orang lain. Banyakkan beristighfar dan berdoa kepada Allah. Berdoa kepada Allah supaya keluarga dan masyarakat sekeliling memahami perasaan saudari.


PERBUATAN BUNUH DIRI BERDOSA BESAR
Soalan 21: Sejak akhir-akhir ini semakin banyak kes bunuh diri di-laporkan. Saya teringat kata-ka-ta ustazah ketika belajar dulu dan melalui ruangan ini, bunuh diri hukumnya berdosa besar dan dikira terkeluar daripada Islam atau murtad. Orarig yang membunuh diri tidak boleh di-kebumikan ditanah perkuburan Islam.

Soalan saya, bagi kes bunuh diri yang ditemui di rumah (tidak diketahui sama ada dia membunuh diri atau dibunuh), dan siasatan polis atau bedah sia-sat tidak menemui motif pem-bunuhan, bagaimana hendak menguruskan mayat si mati ke-rana keluarga pasti tidak dapat menerima hakikat bahawa si mati terkeluar daripada Islam pada hujung hayatnya.

Apakah hukumnya jika si mati dikebumikan di tanah perkuburan Islam? Jika benar si mati murtad, bagaimana keluarga dapat mendoakannya? Adakah doa keluarga untuk si mati akan sampai kepadanya?
- MUSYKIL Seremban, NS
http://familiazam.com
Jawapan: Membunuh diri adalah dosa yang sangat besar di sisi Islam. Allah Taala berfirman: "Dan, janganlah kamu membunuh dirimu sendiri." (Surah An-Nisa: 29) Namun, sama ada hukum si mati yang membunuh diri itu terkeluar daripada Islam atau tidak, terserah kepada penga-dilan Allah SWT.

Urusan menguruskan jena-zahnya masih sama seperti pengurusan jenazah muslim lain dan tetap dikuburkan di perkuburan Islam juga, kecuali jika terbukti dengan jelas bahawa dia benar-benar membunuh diri.Bagi kita yang masih hidup, tetap menerima dia sebagai saudara muslim dan patut diuruskan secara muslim.

Soal hukum bukan kerja manusia, sebaliknya serahkan pada ketentuan Allah meng-hukumnya.Keluarga si mati, terutama anak, boleh mendoakan kesejahteraan rohnya kerana hubungan si mati dengan anak-nya tidak akan terputus. Cuma sama ada doa itu sampai atau tidak kepada si mati masih menjadi perbahasan golongan ulama.

Soal Jawab Bersama [ Dr Mashitah 1 | Dr Mashitah 2 | Dr Mashitah 3 ]

Mutiara Kata: "Kemarahan tidak boleh berumur panjang di dada seorang yang berhati baik, kebaikan tidak boleh berakar di hati seseorang yang berdasar buruk"


Dah Cuba 1001 Cara, Tapi Masih Tak Berjaya Kuruskan Badan?

Formula Kurus Bagaimana Seorang Gemuk Hilang 20 Kilogram Dalam Masa 5 Bulan.

 
NOTIS
Pengunjung dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan dari laman ini sebagai perkongsian maklumat
dengan syarat seperti di bawah:
1-Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com pada setiap dokumen yang telah di copy.
2-Copy & upload images ke hosting anda sendiri atau free hosting jika bertujuan untuk disiar di blog sendiri.
3-
Menghubungi kami [email, borang, whatsapp atau sms] memohon izin adalah sikap dan jalan terbaik.
 
 
  MENU UTAMA
 
 
  IKLAN BERBAYAR
 
 
  IKLAN BERBAYAR
RAWATAN, PERUBATAN, PERSILATAN & KEMAKRIFATAN

Kami BUKAN Tok Bomoh, Pak Dukun atau pun Pak Ustaz. Kami hanyalah insan biasa seperti anda. Kami menyediakan rawatan bagi segala permasalahan berkaitan dengan gangguan jin atau sakit misteri seperti:

Gangguan Saka, Terkena Sihir, Pulih Rumah, Pulih Kedai, Rawatan Terkena Santau, Berbagai Masalah Berkaitan Ilmu Hitam.
Serta:
Membersih Dan Menyucikan Hati, Rawatan Pemulihan Dadah, Masalah Perhubungan Suami-isteri Dan Penyakit Fizikal.

Untuk Rawatan Dan Belajar Ilmu Kenal Diri Sila Hubungi:
 

Md Hatta Yusof
Call  Me / Whatsapp Me / SMS Me
 
Laman Web: http://kenal-diri.net
 
 
  PROGRAM MY REZEKI
Salam Sejahtera & Salam Silaturrahim.

Selalu bermasalah tak cukup duit?
Hutang PTPTN sudah tertunggak?
Cukai jalan dan insuran dah nak mati?
Duit poket sudah menipis?
Teringin nak tukar motorsikal?
Teringin nak tukar kereta?

Nak cari duit lebih.
Sila daftar PERCUMA di link berikut:
familiazam.com/myrezki

Saya akan tunjuk cara menjana pendapatan dengan mudah tanpa susah payah nak cari orang dan menjual produk...
Rebutlah peluang yang mungkin hanya datang sekali seumur hidup.
 
 
 

Proudly powered by WordPress

Kemaskini Akhir: 12 October 2017 07:44 PM