SOAL JAWAB AGAMA BERSAMA DATO' DR. MASHITAH 3


 Laman Utama > Galeri > Nukilan > Macam Macam Ada > Agama
 

Soal Jawab Bersama: [ Dr Mashitah 1 | Dr Mashitah 2 | Dr Mashitah 3 ]

Soalan-soalan:


CARA HINDARI MAKSIAT.
Soalan 21: Datuk. Saya berumur 20-an dan pernah dijadikan tempat untuk melampiaskan nafsu oleh bapa angkat saya ketika kecil.

Sejak kejadian itu, saya seakan-akan ketagih untuk melakukan hubungan seks. Kadang kala saya beronani kerana tidak tahan melawan nafsu.

Adakah saya berdosa kerana melakukan perkara tersebut dan apakah yang sewajarnya saya lakukan bagi mengelak melakukan onani? Perlukah saya berkahwin?
-SUMAYYAH

Jawapan: Allah tidak akan mengharamkan sesuatu perkara melainkan menghalalkan perkara lain sebagai ganti.

Jika berzina dan onani itu dilarang maka yang halal bagi manusia untuk melampiaskan nafsu ialah menerusi perkahwinan.

Jikalau sudah terlanjur melakukan perkara maksiat dan tidak bertaubat, ia akan menjadi satu ketagihan.

Seeloknya melakukan taubat dan memohon ampun daripada Allah. Kemudian carilah lelaki yang baik untuk berkahwin secara halal dan memenuhi sunnah Nabi.

Penuhilah kehidupan dengan aktiviti berguna dan mencari ilmu supaya tidak tersasar.


BIMBANG BERMENANTUKAN ANAK LUAR NIKAH
Soalan 22:
Assallamualaikum. Saya pernah terbaca dalam sebuah majalah yang mengatakan anak luar nikah seelok-eloknya tidak patut dibuat menantu.

Sudahlah dilahir dalam keadaan begitu, tidak dapat mewarisi harta keluarga angkat, malah tidak layak dijadikan menantu. Apakah hak dan ke mana arah golongan ini?
-ROHANI

Jawapan: Anak luar nikah memang tidak mempunyai hak mewarisi harta keluarga angkat.Ramai yang takut menjadikan anak luar nikah sebagai menantu dan ahli keluarga kerana bimbang anak ini akan mewarisi sedikit sebanyak perangai ibu bapanya yang liar.

Tidak dapat dinafikan keperibadian seseorang manusia dipengaruhi pelbagai faktor antaranya ialah baka kedua-dua ibu bapa, pendidikan, persekitaran, hidayah Allah dan juga pengaruh media.

Bagaimanapun, anak ini tidak berdosa, sebaliknya yang berdosa adalah ibu bapanya. Masyarakat tidak boleh menghukum mereka kerana yang patut menerima hukuman ialah ibu bapanya.

Jika dididik dengan baik dan sempurna mereka juga akan menjadi baik.Bagi golongan ini, mereka perlu membuktikan pada masyarakat mereka boleh menjadi anak yang soleh dengan pendidikan yang baik.


TIDAK TAHU AIR NAJIS
Soalan 23
: Assallamualaikum. Saya pernah menggunakan air dalam sebuah baldi untuk mencuci kaki tapi saya tidak mengetahui air itu sudah dicemari anjing beberapa hari lalu. Adakah ia najis sedangkan saya tidak tahu air itu tercemar?
-AWANG, Sabah

Jawapan: Nabi Muhammad ada menyebut bahawa diangkat dosa daripada tiga pelakunya iaitu yang lupa (tidak tahu), yang tertidur dan yang terpaksa. Dalam kes ini, jika saudara tidak tahu dan tidak dimaklumkan ketika menggunakan air yang sudah tercemar itu, maka ia dimaafkan. Bagaimanapun sebaik saja saudara tahu bahawa air itu najis, maka adalah wajib dibersihkan dengan menyamak anggota yang dirasakan terkena.


DOA UNTUK KAWAN BUKAN ISLAM.
Soalan 24:
Salam, saya ingin kepastian, apakah hukum mendoakan orang yang bukan beragama Islam? Saya berkawan dengan orang yang bukan beragama Islam, bolehkah saya berdoa memohon agar hubungan saya dengan dia kekal dan agar dibukakan hatinya untuk memeluk agama Islam? Adakah ianya salah di sisi Islam?
-FARAHANI, Kuala Lumpur

Jawapan: Berdoa memohon Allah memberi hidayah dan membuka pintu hati orang bukan Islam untuk memeluk agama Islam adalah harus.

Selama mana mereka masih hidup ianya dibolehkan dan yang dilarang adalah mendoakan jenazah atau orang bukan Islam yang sudah mati.


SOLAT ISYAK TENGAH MALAM
Soalan 25
: Assallamualaikum. Saya ada kemusykilan mengenai solat sunat Tahajud kerana kebiasaannya selesai solat Maghrib, saya akan tertidur akibat kepenatan dan akan terjaga pada tengah malam untuk solat Isyak. Sekiranya saya ingin solat sunat Tahajud, adakah saya perlu solat Isyak dulu atau solat sunat dulu atau mana-mana pun boleh?

Apakah hukumnya saya mengerjakan solat sedemikian? (solat Isyak lewat). Kerana saya pernah terdengar bahawa solat Isyak lewat adalah afdal sedangkan kita disarankan solat pada awal waktu.
-ARA

Jawapan: Sebaik-baik solat adalah yang dikerjakan pada awal waktu. Sebaiknya kerjakanlah solat Isyak sebelum tidur pada waktu malam. Bagaimanapun jika kepenatan boleh saja dilakukan selama mana masih ada waktu iaitu dari habis Maghrib hingga waktu solat Subuh. Tamatnya waktu Isyak ialah sebelum terbit fajar. Jika terdengar azan Subuh, maka solat Isyak tidak sah, kerana sudah masuk waktu Subuh.

Harus melewatkan solat Isyak jika yakin dapat bangun untuk mengerjakannya dan apabila bangun, laksanakan yang wajib terlebih dulu barulah dikerjakan solat sunat.


BERDOSA UNGKIT SEDEKAH
Soalan 26:
Assallamualaikum. Saya pernah mengalami kesulitan dalam hidup dan teman lelaki banyak membantu di segi kewangan. Dia pernah berkata apa saja pemberiannya dia halalkan dunia dan akhirat tetapi apabila kami bergaduh, dia akan mengungkit dan meminta saya menjelaskan kesemua pemberiannya. Kini, kami sudah tidak mempunyai apa-apa hubungan lagi dan apa hukumnya jika dia tidak menghalalkan semuanya? Mohon penjelasan Datuk.
-NINA, Melaka

Jawapan: Semuanya bergantung pada niat si pemberi kerana jika ketika teman lelaki memberi wang pada saudari dia melafazkan sedekah dan hadiah maka berdosa mengungkit sedekah yang diberi.

Dia jua sudah mengatakan bahawa dia menghalalkan pemberiannya maka bererti semuanya sudah dihalalkan. Namun, adalah lumrah manusia ketika hati marah dan sakit, semua kebaikan akan diungkit semula. Usahlah terlalu diperbesarkan hal ini kerana punca teman lelaki saudari mengungkit adalah jelas kerana saudari memutuskan hubungan dengannya.


HUKUM MENYERTAI MLM
Soalan 26:
Assallamualaikum, Saya pernah menyertai program Multi Level Marketing (MLM) sejak Oktober tahun lalu. Tetapi baru-baru ini
saya dimaklumkan program itu ditutup sehingga merugikan ramai orang terutamanya yang baru menyertainya.

Saya mendapat keuntungan kira-kira RM30 hingga RM60 melalui kemasukan ahli baru dan sehingga kini saya memperoleh kira-kira
RM6,000.

Namun, apa yang memusykilkan saya, adakah saya seolah-olah makan hasil usaha orang lain tanpa berbuat apa-apa sebaliknya hanya
tunggu dan lihat.

Adakah wang yang diperoleh tanpa sebarang usaha dianggap haram? Sehingga kini saya tidak pernah menggunakan wang berkenaan
kerana khuatir ia dikira haram.

Jika benar wang itu haram, bagaimana harus saya pulangkan wang itu semula? Adakah saya boleh menggunakannya jika ia tidak
dikategorikan sebagai haram?
-KASSIM


Jawapan: Semoga Allah memberkati hidup saudara yang mahu mencari rezeki yang halal. Perniagaan berasaskan MLM dan sebagainya adalah
harus dengan syarat ia tidak mengandungi unsur-unsur judi, penipuan, unsur penindasan, riba dan terdapat akad jual beli.

Panel Kajian Syariah Jakim mendapati bahawa konsep, struktur dan undang-undang Perniagaan MLM yang diluluskan oleh Kerajaan
adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam yang diputuskan dalam Muzakarah Fatwa Ulama pada Februari
2004.

Islam menetapkan bahawa setiap urusan jual beli mestilah bersih daripada unsur- unsur perbuatan penipuan, merampas, khianat,
riba, judi, rasuah, mencuri dan putar belit. Perniagaan dianggap halal sekiranya tiada unsur-unsur yang dinyatakan di atas.

Keuntungan yang diperoleh adalah daripada hasil usaha yang setimpal dengan perkhidmatan yang diberikan.

Jika hati saudara sendiri berasa tidak tenteram, maka sedekahkan wang itu atau gunakan ke arah kebajikan. Dalam sebuah hadis,
Rasulullah bersabda: “Kebaikan ialah apa yang menenangkan hatimu dan keburukan ialah apa yang menimbulkan keresahan di
hatimu”.


BINTI BAPA ANGKAT
Soalan 27:
SAYA ada masalah berkenaan nama saya, yang mana sejak kecil saya dibintikan dengan nama kenalan mak ayah saya. Ini bertujuan
untuk membuat kad pengenalan.

Namun ketika bernikah, saya masih berbintikan dan berwalikan bapa kandung.

Adakah saya berdosa menggunakan nama orang lain dalam kad pengenalan untuk melakukan urusan harian? Saya risau bila ajal saya
sampai, keluarga saya akan menggunakan nama berkenaan.

Seperkara lagi, saya juga ada masalah cepat lupa sejak diserang penyakit sawan. Setiap kali solat, pasti ada surah yang saya lupa
seperti ayat Kursi dan ayat antara dua sujud.

Saya cuba menghafalnya tetapi masih tak dapat mengingatinya dengan sempurna. Adakah solat saya sempurna?
-EMMA

Jawapan: Masalah pendaftaran nama dengan menggunakan nama bapa angkat boleh diselesaikan di Jabatan Pendaftaran Negara. Ada pelbagai alasan orang menggunakan nama orang lain untuk membuat kad pengenalan, namun hati puan akan tenang bila mengubah kepada nama ayah sendiri di JPN.

Bagi permasalahan kedua, mereka yang sering lupa sehingga terbawa dalam ibadat disebabkan penyakit seperti sawan yang puan alami adalah dimaafkan. Buat sekadar termampu.

Jika lupa ayat panjang seperti ayat Kursi, baca ayat pendek. Doa antara dua sujud hanya sunat, jadi jika terlupa pun tiada masalah.

Soal Jawab Bersama: [ Dr Mashitah 1 | Dr Mashitah 2 | Dr Mashitah 3 ]

Mutiara Kata: "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan"


Mari… mari… mari… Ada berita baik buat anda…

Dapatkan hosting dan domain termurah di Malaysia.

 
NOTIS
Pengunjung dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan dari laman ini sebagai perkongsian maklumat
dengan syarat seperti di bawah:
1-Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com pada setiap dokumen yang telah di copy.
2-Copy & upload images ke hosting anda sendiri atau free hosting jika bertujuan untuk disiar di blog sendiri.
3-
Menghubungi kami [email, borang, whatsapp atau sms] memohon izin adalah sikap dan jalan terbaik.
 
 
  MENU UTAMA
 
 
  IKLAN BERBAYAR
 
 
  IKLAN BERBAYAR
RAWATAN, PERUBATAN, PERSILATAN & KEMAKRIFATAN

Kami BUKAN Tok Bomoh, Pak Dukun atau pun Pak Ustaz. Kami hanyalah insan biasa seperti anda. Kami menyediakan rawatan bagi segala permasalahan berkaitan dengan gangguan jin atau sakit misteri seperti:

Gangguan Saka, Terkena Sihir, Pulih Rumah, Pulih Kedai, Rawatan Terkena Santau, Berbagai Masalah Berkaitan Ilmu Hitam.
Serta:
Membersih Dan Menyucikan Hati, Rawatan Pemulihan Dadah, Masalah Perhubungan Suami-isteri Dan Penyakit Fizikal.

Untuk Rawatan Dan Belajar Ilmu Kenal Diri Sila Hubungi:
 

Md Hatta Yusof
Call  Me / Whatsapp Me / SMS Me
 
Laman Web: http://kenal-diri.net
 
 
  PROGRAM MY REZEKI
Salam Sejahtera & Salam Silaturrahim.

Selalu bermasalah tak cukup duit?
Hutang PTPTN sudah tertunggak?
Cukai jalan dan insuran dah nak mati?
Duit poket sudah menipis?
Teringin nak tukar motorsikal?
Teringin nak tukar kereta?

Nak cari duit lebih.
Sila daftar PERCUMA di link berikut:
familiazam.com/myrezki

Saya akan tunjuk cara menjana pendapatan dengan mudah tanpa susah payah nak cari orang dan menjual produk...
Rebutlah peluang yang mungkin hanya datang sekali seumur hidup.
 
 
 

Proudly powered by WordPress

Kemaskini Akhir: 12 October 2017 07:44 PM