|
HARI ASYURA -
PERISTIWA DAN AMALAN YANG DITUNTUT |
 |
|
|

Tanggal 10 Muharram dinamakan juga hari Asyura kerana pada hari itu banyak
terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi pejuang yang
gigih menegakkan syiar islam.
|
TELAH
DIPADAMKAN ATAS PERMINTAAN |
Nama:
Noraminuddin Bin Azis
Subjek: Hari Asyura
Email: jauhari@xx-xxxx.com
Lokasi: Melaka
Telefon: 019 667 xxxx
Mesej: Assalamualaikum Tuan..
Saya terbuka laman web keluarga tuan dan saya dapati ada
menyiarkan artikel berkenaan Hari Asyura.. Untuk
pengetahuan pihak tuan, sebenarnya hadis yang
menceritakan tentang kelebihan hari asyura itu adalah
hadis maudu\' (Palsu)... Jadi saya berharap tuan dapat
mengeluarkan artikel tersebut dari laman web tuan,
kerana saya khuatir tuan akan tergolong dikalangan org
yang berdusta atas nama Nabi yang mana mereka ini
tempatnya lebih utama di neraka... untuk rujukan pihak
tuan, boleh lihat kitab Himpunan Hadis Dha\'if dan
Maudhu\' karangan Drs. Abdul Ghani Azmi Bin Haji Idris..
Terbitan Al-Hidayah.. Maaf sekiranya saya tersilap
bahasa.... Wassalam |
Peristiwa yang
berlaku pada hari Asyura:
-Allah jadikan 7 petala langit dan 7 petala bumi.
-Allah jadikan bulan,bintang,matahari dan cakrawala.
-Allah jadikan Arasy,Loh Mahfuz,Kalam dan Malaikat.
-Allah mencipta Nabi Adam Alaihissallam.
-Allah menjadikan Siti Hawa.
-Allah menjadikan Syurga.
-Dimasukkan Nabi Adam ke dalam Syurga.
-Taubat Nabi Adam diterima Allah.
-Nabi Noh diselamatkan oleh Allah keluar dari bahtera setelah bumi
tenggelam selama enam bulan.
-Nabi Ibrahim dilahirkan dan 10 Muharram juga Baginda diselamatkan
Allah daripada pembakaran Raja Zamrud.
-Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
-Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
-Pengelihatan Nabi Yaakob yang buta dipulihkan oleh Allah.
-Nabi Ayub dipulihkan oleh Allah dari penyakit kulit yang
dideritainya.
-Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan setelah berada didalamnya
selama empat puluh hari dan empat puluh malam.
-Laut merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa bersama
pengikutnya daripada tentera Firaun.
-Firaun dan pengikutnya tenggelam kedalam lautan tersebut.
-Nabi Sulaiman dikurniakan Allah Kerajaan yang besar.
-Hari pertama Allah mencipta alam dan menurunkan hujan.
Amalan-amalan sunat pada Hari Asyura:
-Berpuasa-Pahalanya seperti mengerjakan haji dan umrah dan mati
syahid.
-Mandi dan membersihkan diri-Nescaya hatinya tidak akan mati dan
tidak akan jatuh sakit pada tahun itu kecuali mati.
-Melebihkan perbelanjaan dalam keluarga-Diluaskan Allah rezekinya
serta beroleh keamanan dan kesihatan.
-Mengusap kepala anak yatim dan menaruh belas kasihan terhadap
mereka- Diangkat oleh Allah darjatnya kesyurga.
-Sesiapa yang berbuat baik terhadap anak yatim pada hari Asyura,
seolah-olah ia telah berbuat baik kepada semua anak yatim.
-Menziarahi orang alim (banyak ilmu) dan belajar sesuatu ilmu
daripadanya-Pahalanya seperti orang Muhajirin dan Ansar.
-Menziarahi orang sakit - Pahalanya seolah-olah ia telah menziarahi
semua orang yang sedang sakit.
-Bersedekah - Pahalanya sepertiu bersedekah satu tahun kepada zuriat
Nabi Adam dan seolah-olah ia tidak pernah menolak permintaan orang
yang meminta kepadanya seumur hidup.
-Membaca surah Al-Ikhlas sebanyak 1000 kali--Doanya dimakbulkan
Allah.
-Sunat bercelak mata - InsyaAllah tidak terkena sakit mata atau
matanya dilindungi Allah daripada perkara maksiat.
-Sunat menginai dan mengerat kuku.
-Menjamu dan memberi minum kepada orang-Allah akan memberi seteguk
air pada hari akhirat dimana dengan seteguk air itu tidak akan haus
buat selama-lamanya.
-Solat sunat 4 rakaat 1 salam pada waktu Asar - Diampunkan Allah
dosanya selama 50 tahun terdahulu dan terkemudian.
-Memperkukuhkan silaturrahim - Insya Allah dipanjangkan usianya.
-Memperbanyakkan Zikir dan Selawat.( Khasbunnallah wa nikmal wakil,
nikmal maula wa nikman nassir )
Sumber: Akhbar Tempatan
 |
|
Mutiara Kata:
"Tidak semua yang kita ingin mampu kita perolehi
sebagaimana tidak semua yang kita perolehi adalah yang kita inginkan" |
|
|

Perhatian kepada semua calon peperiksaan
MUET! Ketahui teknik lulus cemerlang peperiksaan MUET melalui pendedahan
eksklusif oleh penanda kertas peperiksaan MUET.

Panduan MUET ini ditulis atas kesedaran membantu golongan yang ingin
maju ke hadapan untuk bersaing di era globalisasi ini. Ebook ini memberi
garis panduan tentang bagaimana peperiksaan MUET dijalankan dan juga
teknik-teknik menjawab soalan-soalan komponen Listening, Speaking,
Reading dan Writing.
|
|
|
|
 |
|
Main Menu |
|
|
|
Notice |
Pengunjung
dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan
dari laman ini sebagai perkongsian maklumat
dengan syarat:
|
1- |
Meletakkankan Sumber:
http://familiazam.com pada
setiap dokumen yang telah di
copy. |
|
2- |
Copy & upload images ke hosting
anda sendiri atau free hosting
jika bertujuan untuk disiar di
internet. |
|
3- |
Menghubungi kami [email,
borang
atau sms] memohon izin adalah
sikap dan jalan terbaik |
|
4- |
Nyatakan tujuan dan url jika di
copy untuk dimuatkan dalam web,
blog.atau laman sosial seperti
facebook dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
Follow
Me |
|
|
|
|
|
Paid-up
Advertisement |
|
|
|
Text Advertisement |
|
RAWATAN, PERUBATAN,
PERSILATAN & KEMAKRIFATAN
Membersih Dan Menyucikan Hati, Pemulihan
Penagihan Dadah, Membuang Saka, Terkena Sihir,
Terkena Santau,
Pulih Rumah, Pulih Kedai, Pulih Kilang,
Masalah Kecurangan Suami Isteri, Masalah Keluarga
& Anak-anak,
Sakit Misteri & Sebagainya.
Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

PAK HASSAN

SMS KE: 017 390 8287
http://rawatan-tradisional.com
http://rawatan-perubatan.blogspot.com |
- Pesakit
akan dibimbing untuk merawat diri sendiri
semasa dan selepas rawatan.
- Tiada
unsur khurafat, penggunaan khadam & jin.
- Cara
rawatan dan perubatan tidak lari dari akidah
islam.
- Bersedia
untuk datang merawat di rumah pesakit (Untuk
kawasan berhampiran Muar sahaja).
- Untuk
keselesaan pesakit, rawatan boleh dilakukan
di rumah pesakit sendiri.
- Boleh
merawat pesakit yang bukan beragama islam.
- Boleh
mengajar dan menurunkan ilmu kepada sesiapa
yang benar-benar berhajat.
|
|
|
|
|
|