|
|
TATACARA MEMANDU
KETIKA HUJAN |
 |
|

Memandu ketika hujan lebat memberi kelebihan serta kesan baik untuk sistem
penyejukkan, tetapi pada masa yang sama pandangan pemandu kurang jelas
manakala permukaan jalan yang basah dan licin boleh mengakibatkan
peratusan kemalangan yang tinggi.
www.familiazam.com
Ada tiga aspek sebagai panduan jika berdepan situasi sedemikian. Aspek
pertama berkaitan kenderaan yang dipandu, Iaitu:-
- Pastikan tiada kebocoran pada
bahagian bawah kenderaan
- Semua pintu mempunyai dakapan
(seal) yang baik
- Pastikan tiada kebocoran pada
bahagian injin, kotak gear, galas dan bearing. Ini kerana air boleh
memasuki bahagian yang bocor akibat tekanan arus tinggi dan ketika
meredah jalan dinaiki air
- Sistem klac, sistem brek serta
brek tangan dalam keadaan baik
- Keadaan bunga tayar yang baik
bagi cengkaman sepenuhnya
- Pengelap (wiper), horn dan sistem
elektrial iaitu bahagian lampu depan dan lampu kenderaan mestilah
berfungsi dengan baik
Aspek kedua berkaitan langkah yang
perlu diambil oleh pemandu ketika meredah jalan yang dinaiki air, Iaitu:-
- Beri laluan kepada kenderaan
berat dan anggarkan ketinggian air yang diredah dengan melihat had
tinggi tayar
- Sekiranya paras air dibawah satu
kaki, pemanduan boleh dilakukan tetapi pemandu perlu memendu secara
perlahan. Ini bagi mengelakkan percikkan air membasahi injin khususnya
bahagian sistem penyalaan
- Elakkan memendu laju kerana ia
boleh menyebabkan bahagian injin dibasahi air dan pengguna jalanraya
lain, khususnya penunggang motosikal dan pejalan kaki terkena tempias
atau percikkan
- Selepas meredah jalan dinaiki
air, elakkan terus memendu laju kerana sistem brek tidak berfungsi
sepenuhnya berikutan permukaan brek yang basah. Bagi mengatasi masaalah
ini ada beberapa panduan yang boleh dipraktikkan iaitu:
- Gunakan gear 1 dan 2 bagi
kenderaan menggunakan sistem gear manual dan gear 1 bagi sistem
automatik
- Tekan pedal brek serentak
dengan pedal minyak bagi menghasilkan kepanasan pada permukaan brek
- Bagi kenderaan pacuan 4 roda,
gear automatik sama seperti gear manual. Hadkan kelajuan antara 5
hingga 15 kmj dan jarakkan kenderaan anda dengan kenderaan dihadapan.
Proses ini akan mengeringkan permukaan brek
- Uji tindakkan diatas
berulangkali pada jarak 20 hingga 30 meter sahaja
- Uji sistem brek pada kelajuan
20 kmj
www.familiazam.com
- Sekiranya brek gagal berfungsi,
ulangi proses diatas. Selepas itu uji lagi sistem brek sehingga
prestasinya memuaskan sebelum memandu laju
Sumber: Akhbar
Tempatan
|
Mutiara Kata: "Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi
tidak merancang adalah merancang untuk gagal" |
|

Kebanyakkan mangsa kemalangan meninggal dunia bukanlah disebabkan
kelewatan ambulan tiba di tempat kejadian, TETAPI ianya disebabkan oleh
kelewatan si mangsa menerima rawatan pertolongan cemas. Sekarang,
bayangkan jika si MANGSA itu, adalah AHLI KELUARGA anda yang PALING DI
SAYANGI!

Dapatkan sekarang panduan
menyelamatkan nyawa orang
yang tersayang. |
|
|
NOTIS
Pengunjung dibenarkan untuk
mengambil sebarang bahan dari
laman ini sebagai perkongsian
maklumat
dengan syarat seperti
di bawah:
1-Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com
pada setiap dokumen yang telah
di copy.
2-Copy & upload images ke
hosting anda sendiri atau free
hosting jika bertujuan untuk
disiar di blog sendiri.
3-Menghubungi
kami [email,
borang,
whatsapp atau sms]
memohon izin adalah sikap dan
jalan terbaik. |
|
|
|
|
|
RAWATAN, PERUBATAN,
PERSILATAN & KEMAKRIFATAN
Kami BUKAN Tok Bomoh, Pak Dukun atau pun Pak Ustaz. Kami
hanyalah insan biasa seperti anda. Kami menyediakan
rawatan bagi segala permasalahan berkaitan dengan
gangguan jin atau sakit misteri seperti:
Gangguan Saka, Terkena Sihir, Pulih Rumah, Pulih Kedai,
Rawatan Terkena Santau, Berbagai Masalah Berkaitan Ilmu
Hitam.
Serta:
Membersih Dan Menyucikan Hati, Rawatan Pemulihan Dadah,
Masalah Perhubungan Suami-isteri Dan Penyakit Fizikal.
Untuk Rawatan Dan Belajar Ilmu Kenal Diri Sila Hubungi:
|

Md Hatta Yusof |
 |
Call Me /
Whatsapp Me /
SMS Me
Laman Web:
http://kenal-diri.net |
|
|
|
|