Rahsia Diet wanita

 

 
 

PETUA KESIHATAN 2

 Laman Utama > Galeri > Petua > Kesihatan 2

[ Petua Kesihatan 1 | Petua Kesihatan 2 | Petua Kesihatan 3 ]

Salam sejahtera buat para pengunjung. Dibawah ini kami kumpulkan beberapa petua kesihatan untuk tatapan anda. Semuga ianya akan memberi manafaat buat anda. Walaupun perubatan moden telah menjadi amalan kita dimasa ini, namun janganlah hendaknya kita melupakan terus petua-petua dari nenek moyang kita kerana ada keistimewaan tersendiri pada petua tradisi ini. Petua terkini dalam Petua kesihatan 3. Untuk menyumbang petua sila klik disini.

MENU PETUA KESIHATAN 2


21- Sakit Tekak
Sakit tekak sewaktu bangun pagi?Terus kebilik air dan tepukkan air sejuk di tengkuk anda. pastinya kahak akan "longgar" dan mudah keluar selepas itu.
Hilangkan atau elakkan sakit tekak dengan meminum air tomato seminggu 3 kali. Sakit atau perit tekak akan hilang.

[ Kembali Ke Menu Petua Kesihatan 2 ]
Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
22- Merdukan Suara
Merdukan suara dengan air suam yang diperahkan limau nipis. campurkan gula batu dan biarkan semalaman. Keesokkannya, sebelum gosok gigi atau berkumur dan minum air itu.

[ Kembali Ke Menu Petua Kesihatan 2 ]

23- Rawat Muntah
Rawati muntah kanak-kanak dengan daun limau purut. Tumbuk atau mesinkan dengan campurkan sedikit air. Minum seperti biasa. ia akan beransur sembuh.

[ Kembali Ke Menu Petua Kesihatan 2 ]
Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
24- Hilangkan sedu
Hilangkan sedu dengan menarik nafas sedalam yang boleh, lakukan 3 atau 4 kali. Pastinya sedu anda beransur hilang selepas itu.

[ Kembali Ke Menu Petua Kesihatan 2 ]

25- Hilangkan kutu
Hilangkan kutu pada rambut dengan beberapa biji bawang putih yang ditumbuk lumat. Campur dengan minyak masak dan lumurkan pada rambut. Balut dengan kain selama sejam sebelum dicuci.

[ Kembali Ke Menu Petua Kesihatan 2 ]

26- Segarkan Diri
Ingin segar diwaktu pagi? Selepas bangun daripada tidur, minum terus air suam. Amalan ini dipercayai awet muda sejak turun temurun.

[ Kembali Ke Menu Petua Kesihatan 2 ]

27- Hilangkan batuk
Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Hilangkan batuk dengan mengambil sedikit gula melaka dan makan. anda akan lihat hasilnya yan memuaskan setelah beberapa ketika.

[ Kembali Ke Menu Petua Kesihatan 2 ]

28- Segarkan Mata
Segarkan mata dengan beberapa helai daun sirih muda, cuci bersih. Ramas dan masukkan kedalam air suam dan tapis airnya. Rendamkan mata sambil kerdipkan mata berulangkali.
Segarkan mata dengan menggunakan uncang teh yang telah digunakan. Tekap ke mata anda. Hasilnya mata anda akan terasa sejuk dan segar.

[ Kembali Ke Menu Petua Kesihatan 2 ]

29- Gusi bengkak
Atasi bengkak gusi dengan menghancurkan umbut nenas. Campurkan dengan sedikit garam halus. Tampalkan pada gusi yang ada kesan bengkak. Biarkan sehingga kering.

[ Kembali Ke Menu Petua Kesihatan 2 ]

30- Suara Serak
Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Atasi suara serak dengan sebuku asam jawa, rendam dan ramas didalam air. Kemudian campur dengan segelas air sejuk. Masukkan ke dalam peti sejuk. Minum dua kali sehari.
Atasi suara serak dengan dua biji bawang besar, Buang kulit dan mesin hingga hancur, tapiskan dan ambil airnya. Minum sekadar dua kali sehari selama dua hari berturut-turut.
Ubati suara serak dengan beberapa biji limau nipis dan mesinkannya dengan dicampur sedikit air lalu dipanaskan, kemudian sedutkan wapnya melalui mulut beberapa kali.

[ Kembali Ke Menu Petua Kesihatan 2 ]

31- Badan Lesu
Sekiranya anda sering diserang angin yang menyebabkan badan lesu, didihkan daun mengkudu dan sedikit halia. saringkan airnya dan minum pagi dan petang.

[ Kembali Ke Menu Petua Kesihatan 2 ]

32- Sembuhkan luka
Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Sembuhkan luka dengan daun lidah buaya (aloe vera) dan sapukan lendirnya pada luka tersebut. dengan caratersebut, luka akan sembuh dengan lebih cepat.

[ Kembali Ke Menu Petua Kesihatan 2 ]

33- Sengatan kala jengking
Redakan kesakitan akibat disengat kala jengking dengan menumbuk lada hingga halus dan dicampur dengan minyak kelapa. Tampalkan pada tempat yang terkena sengat tadi.

[ Kembali Ke Menu Petua Kesihatan 2 ]

34- Hilangkan jerawat batu
Hilangkan jerawat batu dengan ambil sedikit beras, tumbuk hingga halus dan campurkan dengan sedikit air. Gunakan pada waktu hendak tidur, tiga kali seminggu.

[ Kembali Ke Menu Petua Kesihatan 2 ]

35- Serikan wajah
Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Serikan wajah dengan rendamkan teh semalaman. Sapukan seluruh muka keesokkan harinya sebelum mandi. Wajah anda akan berasnsur-ansur licin serta kelihatan segar.

[ Kembali Ke Menu Petua Kesihatan 2 ]

36- Menyegarkan kulit muka
Segarkan kulit muka dengan perahan jus epal hijau yang dikatakan menyegarkan kulit muka. Sapu kemuka dan biarkan selama 5 hingga 10 minit kemudian cuci muka dengan air bersih.

[ Kembali Ke Menu Petua Kesihatan 2 ]

37- Rawat kulit melecur 
Rawati kulit yang melecur dengan susu cair atau susu pekat manis. Tuang keatas bahagian yang terkena air panas. Pastinya ia tidak akan mengelembung dan berparut.

[ Kembali Ke Menu Petua Kesihatan 2 ]

38- Hilangkan bau mulut
Hilangkan bau mulut dengan menumbuk lumat sepuluh kuntum bunga cengkih dan tiga ulas bawang putih. Gosokkan pada gigi dan berkumur hingga bersih. Lakukan 3 hari sekali.

[ Kembali Ke Menu Petua Kesihatan 2 ]

39- Masalah kencing manis
Ubati kencing manis dengan hempedu ayam. Simpannya di dalam peti sejuk. Esoknya ketika hempedu itu telah beku, telannya bersama air sejuk. Lakukan selama seminggu.

[ Kembali Ke Menu Petua Kesihatan 2 ]

40- Minyak hilangkan ketuat Copy/Paste Dari: www.familiazam.com
Jika minyak menggoreng anda sudah terlalu hitam, jangan di buang. Gunakan ia untuk menghilangkan ketuat. Caranya sapu minyak tersebut pada ketuat dan ulangi langkah tersebut 3-4 kali sehari sehingga ketuat itu hilang.

[ Kembali Ke Menu Petua Kesihatan 2 ]

Mutiara Kata: "Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang"


Usah lagi membazirkan wang dan membahayakan kesihatan anda dengan menjadi perokok!

Ketahui bagaimana anda boleh berhenti merokok untuk selama-lamanya dalam masa 3 minggu tanpa perlu mengambil sebarang ubat atau herba atau sebarang makanan pelik!

 
 
 Main Menu 1
Laman Utama
Salam Ingatan
Bahasa Jawa
  
Belajar
  
Kamus Melayu - Jawa
  
Kamus Jawa - Melayu
  
Mari Sebutkan
  
Lagu Jawa
Galeri
  
Islam
  
Foto
  
Resepi
  
Artikel
  
Permainan
  
Perkhidmatan
  
Nukilan
   Petua
   Tutorial
 Tips & Info
  
Komputer
  
Kereta
  
Umum
  
Laman Web
Koleksi
  
Background
  
Border
  
Midi
  
Bendera
  
Divider
  
Lawak Kata
  
Mutiara Kata
  
Lencana
   Motivasi Dr Fazley
   E-book
Peta Laman
Kemaskini
Hubungi Kami
Komen Pengunjung

Ardzham Blog
 
 Shout Box
 
 Eksklusif Sponsor
 
 Site Rank




Display Pagerank

Site Meter

 
 Recommended Downloads


Download Now
Mari… mari… mari… Ada berita baik buat para wanita… Satu rahsia yang pasti berkesan untuk memiliki badan yang langsing dan sihat serta wajah yang berseri.

Download Now
Ketahui cara bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan 3 Strategi yang dijamin paling berkesan!

Download Now
Untuk WANITA yang masih lagi tercari-cari LELAKI IDAMAN di dalam hidup. Sudah jumpa, tapi malangnya MR.RIGHT anda itu tidak menyedari kewujudan anda. Usah risau, ketahui rahsia memikat hati lelaki idaman anda di sini!

Download Now
Tahukah anda apa itu Morhabshi? Dapatkan maklumat tentangnya di sini

 

 
Copyright © 2001 - 2010 Famili Azam Dot Com

Kemaskini Akhir: 30 August 2010 11:19 PM