KISAH LUCU 3


 Laman Utama > Galeri > Nukilan > Kisah Lucu 3
 
[ Kisah Lucu 1 | Kisah Lucu 2 | Kisah Lucu 3]


Untuk pengunjung yang dihargai, dibawah ini kami himpunkan kisah-kisah lucu sebagai hiburan buat kita semua. Semoga ianya dapat mencuit hati anda untuk tersenyum ceria.


MENU KISAH LUCU 3


40- Perkahwinan dan Pengkebumian

Saya selalu merasa tidak selesa apabila datang ke majlis perkahwinan ahli keluarga. Nak tahu sebabnya?
copy from: www.familiazam.com
Biasanya, makcik-makcik saya dan para kerabat lainnya akan datang menghampiri saya sambil menepuk-nepuk bahu saya, "Kamu yang berikutnyakan?" kata mereka.

Menyampah betul, tidak berperikemanusiaan sama sekali!
copy from: www.familiazam.com
Tapi kebiasaan mereka ini terdiam setelah saya melakukan hal yang sama pada mereka setiap kali acara pengkebumian keluarga berlangsung.

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3 ]

41- Kereta Rosak
copy from: www.familiazam.com
Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah line kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya, pemilik kancil tu sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.

Tidak ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo 8 berhenti di sebelah kancil tadi. "Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?" tanya pemuda berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple aje....
"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol "mamat nie bagi idea. "worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju pakcik akan hon dan bagi high beam"
"Ok pakcik".. mamat nie pun ikatlah tali kat kereta kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.dia pun jalanla.. dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima kilometer mamat nie laju le sikit, apa lagi pakcik tu pun hon dan bagi high beam la kat mamat tu.

Mamat tu pun slowkan balik..Tiba-tiba ada sebuah ferrari datang dari belakang dan press minyak kat mamat evo 8.apa lagi,jiwa muda patang dicabar, dia pun tekan la minyak rapat nak kejar ferrari nie...lupa la pulak dia dengan kancil org tua yg diikat kat belakang kereta dia.Orang tua tu punya la hangin satu badan, dia pun hon dan bagi hi beam bagai nak rak.Mamat evo 8 tu dah tak sedar dah angin punya pasal.Kebetulan pulak polis ada buat speed trap kat bawah jambatan.
copy from: www.familiazam.com
Vrooommm. Bedesup peginye... ini dah lebih speed limit nie...kate polis nie.. Cecah 250km/j memasing nie... Dia pun contact la kengkawan dia kat depan supaya
saman kereta-kereta yg laju nie..."Over..over,ada tiga buah kenderaan memandu melebihi had laju, sebuah ferrari,sebuah evo 8 dan sebuah lagi kalau aku cakap korang mesti tak percaye punye..

Sebuah kancil putih tengah cucuk angin evo 8 tu.. kete kancil ngah bagi hon dan hi beam untuk nak potong kete evo tu!!!'

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3 ]

42- Bapak Buat Silap Mata

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke biliktidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.
copy from: www.familiazam.com
Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3 ]

43- Belalai Gajah

Seorang lelaki yang badannya gendut naik keretapi. Penumpang pada ketika itu sangat penuh maka lelaki gemuk itu terpaksa berdiri. Tiba2 die berasa ada yang menyonggolnya
lalu lelaki itu pun melihat ke belakang. Ooo… ada seorang ibu hamil sedang berdiri. Melihat wanita hamil itu maka lelaki gemuk itu bertanya…
copy from: www.familiazam.com
Lelaki Gemuk :Hai, akak bunting ya?

Ibu Hamil : Takdelah! Sudah tahu tanya lagi.
(kata wanita itu yang kesal dengan cara lelaki tersebut bertanya).

Lelaki Gemuk : Isinya orang ya kak?

Ibu Hamil : Ya! (dengan nada bengang lalu dia pula bertanya), Encik pun bunting ya?
copy from: www.familiazam.com
Lelaki Gemuk : Ya! Hahahahaaa!!!

Ibu Bunting : (kerana berasa jawapan lelaki itu tidak sopan, die pertanyaannya),
Isinya orang ya?

Lelaki Gemuk : Bukan, isinya anak gajah! Hahahaa!!

Ibu Buting : (Terkejut, lalu ketawa juga, hahahaa)

Lelaki Gemuk :Laa kenapa akak ketawa?

Ibu Bunting : Oh isinya anak gajah ya, patutlah belalainya terkeluar.
(sambil menunjuk seluar lelaki yang lupa dikancing)

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3 ]

44- Khasiat Telur Separuh Masak

Aziz dan Ani membawa anak lelaki mereka yang berusia 6 tahun ke klinik. Walaupun pada mulanya agak malu dan segan, akhirnya mereka membuka mulut juga menceritakan kebimbangan mereka tentang kemaluan anak mereka yang agak kecil berbanding kanak-kanak lain yang sebayanya.

Selepas melakukan pemeriksaan, doktor berkata,
copy from: www.familiazam.com
"beri makan telur separuh masak setiap pagi. Lama-lama besarlah tu."

Besok pagi, apabila anak lelaki mereka hendak bersarapan, terkejutlah dia melihat ada 10 biji telur di meja makan.

"Telur ni untuk saya ke mak?", tanya si anak.

"Engkau makan dua biji saja. Yang lain tu untuk ayah kau punye", kata emaknya.
copy from: www.familiazam.com
Ha........Lu Pikir lah sendiri........!

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3 ]

45- Anak Kembar Punya Hal

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada lelaki yang pertama, "Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua." "Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas," kata lelaki yang pertama dengan riangnya.
copy from: www.familiazam.com
Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada lelaki kedua, "Isteri Tuan selamat
melahirkan bayi kembar tiga. Tahniah!"
"Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga, "Tahniah! Isteri Tuan selamat.
Tuan dikurniakan anak kembar empat" kata jururawat itu dengan tenang.
"Kembar empat! Sungguh saya tak menduga kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel," kata lelaki ketiga dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki tadi berasa hairan melihat keadaan lelaki keempat itu. Mereka bertanya, "Apakah yang merunsingkan awak?"
copy from: www.familiazam.com
Dengan perasaan gelisah dia menjawab "Saya bekerja di Seven Eleven."

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3 ]

46- Karipap 3 Seringgit

Seorang murid di tanya oleh guru matematiknya.

Jika sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapakah harga untuk tiga biji karipap? Tanya gurunya.
copy from: www.familiazam.com
RM 1 cikgu!. jawab murid itu spontan.

Salah tu. tegur si guru penuh kasih sayang.

Mungkin Amer tak paham soalan, biar cikgu ulang semula, dengar betul-betul.
Sebiji karipap berharga empat puluh sen, berapa harga tiga biji karipap?.
Amer tetap memberi jawapan RM1
copy from: www.familiazam.com
Salah tu Amer,cuba kira betul-betul. Respon si guru dengan sabar.

Tapi cikgu, tiap-tiap pagi bila saya pergi membeli karipap di warung berhampiran rumah saya, makcik jual kuih tu selalu kata;
kueh karipap sebiji empat puluh sen, tiga biji seringgit!

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3 ]

47- Cempedak

Seorang petani sangat kesal dengan sikap budak-budak nakal yang selalu mencuri cempedak di kebunnya. Akhirnya ia mendapat idea... Di tengah-tengah
kebunnya diletakkan papan tanda yang besar bertulis..

'AWAS.. SATU DARI CEMPEDAK-CEMPEDAK INI TELAH
DISUNTIK DENGAN RACUN TENGKORAK'

Keesokan harinya.. petani itu tersenyum kerana mendapati cempedaknya itu tidak dicuri lagi..
copy from: www.familiazam.com
Seminggu selepas itu.. Petani ini pergi kekebunnya untuk memetik cempedaknya untuk dijualkan.. Memang jelas kelihatan tiada cempedaknya yang hilang...
tetapi dia sangat terkejut kerana disebelah papan tandanya terdapat satu lagi papan tanda yang baru bertulis..
copy from: www.familiazam.com
'KINI ADA EMPAT CEMPEDAK YANG DISUNTIK RACUN'

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3 ]

48- Gempa Bumi

Di satu kaki lima di sebuah kota, terdengar suara seorang penjual ubat sedang mempromosikan ubat jualannya..
copy from: www.familiazam.com
Penjual ubat : Mari! Mari! Adik, abang, kakak, pakcik dan makcik!
Saya ingin memberitahu anda sesuatu. Sebentar lagi bandar ini akan dilanda gempa. Sekiranya anda semua mahu selamat, cubalah ubat saya ini. Nescaya anda tidak akan merasakan gempa bumi itu walau sedikit pun. Saya telah menjual ubat ini di merata pelosok dunia dan setakat ini tiada yang merungut tentang kesahihannya. Cubalah! Bandar ini akan dilanda gempa pada tepat jam 11.30 pagi nanti!!

Orang ramai yang lalu lalang di situ terpinga-pinga mendengarnya. Oleh kerana ada yang percaya apa sahaja boleh berlaku dalam dunia pada hari ini, mereka pun tanpa was-was, berduyun-duyun membeli ubat anti-gempa tersebut.
copy from: www.familiazam.com
Jam sudah hampir 11.30 pagi. Semakin ramai yang berkerumun membeli ubat tersebut. Dalam ramai-ramai tu, adalah seorang pakcik yang tergesa-gesa membelinya kerana
waktu gempa semakin hampir. Pakcik tu dan mereka yang lain pun terus memakan ubat tersebut untuk mengelak dari merasakan gempa bumi yang bakal berlaku.

Jam sudah menunjukkan pukul 1130 pagi. Satu minit berlalu.. dua minit.. tiga minit.. hingga minit yang kesepuluh, pakcik tadi punberteriak kepada penjual ubat tersebut.

Pakcik : Eh! Dah lama ni.. Mana gempanya? Awak tipu kami ye?
copy from: www.familiazam.com
Penjual Ubat : Hah! Kan betul apa yang saya kata! Pakcik tak merasakan apa-apa gempa pun kerana memakan ubat saya! Itu menandakan ubat saya sangat mujarab!

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3 ]

49- Tatacara Jawab Telefon Paling Kerek

Sebenarnye cara menjawab tepon yang kite amalkan adelah salah dan kebanyakannye samaterpikir kah anda untuk menjawab dengan jawapan yang betul Jadi disini kite akan cube untuk menukarkan jawapannye (tak le boring sangat lebih lg kalu yg kejenye mmg jawab tepon)

1 Soalan: haloo, may i speak to bedah please?
Jawapan: maaf sini bukan balai polis
copy from: www.familiazam.com
2 Soalan: haloo, siapa disana?
Jawapan: ntah saya kat sini, mane le saya tau sape kat sane

3 Soalan: haloo, boleh saya bercakap ngan bapak awak?
Jawapan: nak cakap cakap je ler buat ape tanye saya

4 Soalan: haloo, boleh sambungkan ke nombor 323?
Jawapan: maap cik, nombor tak boleh disambung,hanye boleh dicampur
copy from: www.familiazam.com
5 Soalan: haloo, mak ade rumah?
Jawapan: mak takde rumah, bapak ade pasal rumah ni bapak yang beli

7 Soalan: boleh saya bercakap ngan siti?
Jawapan: maaf nombor yang anda dail tidak mahu memberikan perkhidmatannye time kacih

8 Soalan: haloo, tolong panggilkan samad saya nak bercakap dengannye
Jawapan: sila panggil sendiri saya sibuk maaf
copy from: www.familiazam.com
9 Soalan: halloo
Jawapan: haloo pusat sakit mental disini anda ingin mendaftar?

10 Soalan: haloo, saya nak tumpang bertanya
Jawapan: maaf ini bukan kaunter pertanyaan

11 Soalan: haloo, betul ke ini nombor 3234412?
Jawapan: sila dail sekali lagi kalau saya masih menjawab betul le tu
copy from: www.familiazam.com
12 Soalan: assalammualaikum
Jawapan: waalaikummussalam (tupp!terus letak tepon salam kite wajib jawab)

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3 ]

50- Diskaun Hukuman

Di sebuah Mahkamah perbicaraan sedang berlangsung terhadap seorang pencuri barang di pasaraya.
copy from: www.familiazam.com
"Dengan ini kami memutuskan terdakwa di jatuhkan dengan hukuman penjara 4 bulan.",Hakim akhirnya menjatuhkan hukuman.

"Apakah terdakwa, penuntut umum atau penasihat undang-undang menerima?" kata hakim.

"Saya keberatan tuan hakim." kata seorang lelaki di kerusi belakang.

"Seharusnya dia diberi diskaun hukuman."
copy from: www.familiazam.com
Lelaki yang bersuara itu adalah pengurus di pasaraya, tempat terdakwa mencuri.

"Kenapa anda pula yang keberatan?"

"Kerana barang yang dia ambil adalah barang yang kami diskaun sehingga 45% tuan hakim."

"??@#$!!&##!!"

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3 ]

51- Nak tengok keretapi berlanggar!

Sarjo memohon perkerjaan sebagai penjaga lintasan kereta api. Dia dihantar berjumpa Pak Basri , ketua bahagian lalulintas,untuk diinterviu.

"Katakan ada 2 keretapi melalui jalan yang sama pada masa yang sama,apa yang akan kamu lakukan?," tanya Pak Basri.

"Saya akan pindahkan salah satu rel yg lain,"jawab Sarjo.
copy from: www.familiazam.com
"Kalau handle untuk mengalihkan relnya rosak, apa yang akan kamu lakukan?"tanya Pak Basri lagi.

"Saya akan turun ke rel dan membelokkan relnya secara manual".

"Kalau tidak berfungsi atau alatnya rosak, bagaimana?".

"Saya akan balik ke pejabat dan menghubungi stesyen terdekat."

"Kalau telefonnya sedang digunakan?"
copy from: www.familiazam.com
"Saya akan lari ke telefon awam yg terdekat?"

"Kalau telefon awam rosak?"

"Saya akan pulang menjemput nenek saya."

"Ooo....tapi kenapa pulak awak jemput nenek awak?" tanya Pak Basri kehairanan.
copy from: www.familiazam.com
"Kerana seumur hidup nenek saya selama 73 thn , nenek saya belum pernah melihat keretapi berlanggar."

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3 ]

52- Jika.

Seorang budak sedang menaiki bas di kota. Dia duduk tepat di belakang pemandu bas.

Lalu tiba-tiba anak itu berkumat-kamit sendiri seperti orang gila, "Jika ayahku seekor lembu jantan dan ibuku seekor lembu betina,
pasti aku akan menjadi anak lembu."

Kata-kata itu pun ia ucapkan berkali-kali…
Mendengar ucapan itu, pemandu bas mulai merasa terganggu.
copy from: www.familiazam.com
Kemudian si pemandu bas mencuba menasihati anak itu supaya diam.
Tetapi anak tersebut makin menjadi kecoh dengan mengucapkan kata-kata lainnya.

"Jika ayahku seekor gajah jantan, dan ibuku seekor gajah betina, aku pasti akan jadi anak gajah."

Dan seperti sebelumnya kata-kata itupun ia ucapkan berulang kali.

Si pemandu bas pun mencuba lagi menasihati anak itu agar dapat duduk dengan tenang dan diam. Tetapi yang terjadi sebaliknya, anak itu malah makin membuat kekecohan dengan kata-kata yang ia ucapkan seperti tadi.
copy from: www.familiazam.com
Merasa tidak dapat menahan emosinya lagi, si pemandu bas itu lalu berkata dengan nada keras kepada anak tersebut,
"bagaimana kalau ayahmu seorang gay, dan ibumu seorang pelacur?"

Dengan tersenyum manis anak itupun berkata, "Aku akan menjadi pemandu bas!!!
copy from: www.familiazam.com
[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3 ]

53- Jom bunuh setan.

Seorang lelaki berusia lima puluhan tahun baru sahaja kematin isteri akibat penyakit kronik. Kemudian datang beberapa tawaran dari orang tertentu menawarkan beberepa perempuan untuk dijadikan isteri baru dan teman hidup barunya. Alasan mereka beliau perlu berkahwin semula memandangkan anak -anaknya sudah besar malah tinggal jauh di Bandar dan tiada orang yang akan menjaga makan, minum, sakit, pening si duda itu.

Setelah meminta tempoh dan berfikir sedalam- dalamnya dia pun bersetuju untuk berkahwin.
copy from: www.familiazam.com
Selepas memilih dan beberapa orang calon isteri yang ditawarkan oleh orang kampong maka dia pun berkahwin dengan seorang perempuan yang agak muda berusia dalam lingkungan dua puluh lima tahun.

Selepas majlis pernikahan mereka pun hidup bersama seperti pengantin baru yang lain.... ...

Isteri barunya sering ke surau pada setiap petang khamis mengikuti kuliah agama yang sering diadakan secara mingguan dengan pesyarah jemputan yang diundang khas mengajar agama di kampong tersebut.
copy from: www.familiazam.com
Suatu petang selepas pulang dari kuliah agama di surau dia menceritakan apa yang didengarnya dalam kuliah tersebut. "Abang, abang nak tau tak, ustaz kata bila suami dan isteri itu bersatu/ bersetubuh kannn abang kann dengan cara yang betul dan menjaga syarat yang betul maka pasangan tersebut akan mendapat pahala sama seperti membunuh 10 ekor atau beberapa ekor syaitan". Kata si suami "yerr kerr. Tak apa malam ni malam Jumaat, masa yang sesuai utuk bunuh syaitan kann, betul tak sayanggg" sambil ketawa. Isteri hanya tersenyum panjang.

Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami tersenyum panjang. Selang dua hari kemudian, si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". "tak pe...tunggula malam". Esoknya si isteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... bang". Si suami diam sambil mengangguk lemah.

Esoknya siisteri berkata "banggg, jom kita bunuh syaitan... ".
copy from: www.familiazam.com
Si suami tiba - tiba marah dan berkata ..........

"Ayang nie nak bunuh syaitan ke nak bunuh abang"

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3 ]

54- Pandai anak aku.

Anak : Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi.
Ibu: Jadi?
Anak: Semua orang gelak, kecuali saya.
Ibu: Man anak yg baik.
[Ibu mencium dahi anak nya]
copy from: www.familiazam.com
Anak: Ibu nak tahu siapa yg jatuh tu?
Ibu: Siapa?
Anak: Sayalah.
Ibu: Cis

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3 ]

55- Askar paling Berani.

Tiga orang Jeneral dunia sedang bertanding keberanian tenteranya dan untuk membuktikannya masing masing jeneral memerintahkan salah satu Askarnya untuk mengikuti arahannya :

1. Jepun
Jeneral : Askar maju sini
Askar : Siap Jeneral
Jeneral : Tangkap peluru yang saya tembakan ke tubuh kamu
Askar : Siap Jeneral
Peluru langsung ditembakan dan kerana jaraknya terlalu dekat maka si Askar tidak dapat menangkapnya dan langsung mati. Si jeneral dengan bangga mengatakan "lihat Askar saya sangat berani dan siap mati"
copy from: www.familiazam.com
2. Jerman
jeneral : Askar maju sini
Askar : Siap jeneral
Jeneral : Tangkap peluru dari RPG yang saya tembak
Askar : Siap Jeneral
Peluru meluncur cepat dan Askar yang menangkap hancur berantakan Si Jeneral sangat bangga dan bilang "Askar saya lebih berani bahkan untuk menangkap bom RPG"

3. Indonesia
Jeneral : Askar maju sini
Askar : Siap Jeneral
Jeneral : Sebrangi ladang periuk api dengan berlari cepat
Askar : Tidak mau jeneral !
Jeneral : Sebrangi cepat !!
Askar : Tidak mau jeneral !
sampai tiga kali sang jeneral memerintahkan Askarnya, namun tetap di tolak.
Si Jeneral berkata "Lihat Askar saya yang paling berani... perintah jeneral langsung bisa dia tolak..."

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3 ]

56- Catatan Harian Isteri dan Suami.

Rumitnya seorang isteri, dan simplenya seorang suami...
Jadinya kena selalu berfikiran positif...barulah tercipta rumahku shurgaku!
copy from: www.familiazam.com
BUKU HARIAN ISTERI
Malam Minggu - Dia berkelakuan aneh. Sebelumnya kami berjanji bertemu di Cafe. Aku shopping seharian dengan kawan-kawan, sehingga mungkin dia kesal karena aku agak lewat sampai di Cafe, tapi dia tak bercakap.

Dia tak bercakap langsung, jadi aku ajak dia pergi ke tempat yang agak sunyi supaya kami dapat berbincang, dia setuju tapi tetap diam membisu. Aku tanya apa yang salah - dia jawab, "Tak ada". Aku tanyakan apakah kesalahan ku yang membuatnya kesal. Dia kata hal ini tak ada kaitannya dengan ku dan minta aku tak usah sibuk.
copy from: www.familiazam.com
Dalam perjalanan pulang, ku katakan aku mencintainya, dia cuma tersenyum tipis dan tetap membisu. Aku tak dapat menjelaskan perangainya petang itu. Aku tak habis-habis berfikir kenapa dia tak menjawab, "Aku cinta kamu juga".

Sesampainya dirumah, aku merasa kehilangan dia, dan seolah-olah dia tak menghendaki ku lagi. Dia hanya duduk dan nonton depan TV; dia terlihat jauh dan menghilang.....

Akhirnya aku putuskan untuk tidur. Lebih kurang 10 minit kemudian, dia masuk ke kamar. Aku tak tahan lagi, ku putuskan untuk menghadapinya dan menanyakan soal sebenarnya, tapi dia langsung tertidur. Aku mulai menangis sampai tertidur. Aku tak tahu apa yang harus ku lakukan. Hidupku terasa bergoncang.....
copy from: www.familiazam.com
BUKU HARIAN SUAMI
Hari ini CHELSEA kalah. SIOTTT!!! TULLL...

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3 ]

57- Murid Tak Boleh Pakai.

Seorang guru meninggalkan kelasnya beberapa minit untuk ke tandas....
Ketika dia kembali ke kelas, dia sangat terkejut kerana semua muridnya sangat diam dan bersopan.. tidak seperti biasa jika dia masuk ke dalam kelas tersebut, murid-muridnya pasti sedang bising dan bermain. Lalu guru itu berkata...
copy from: www.familiazam.com
"Selama saya mengajar awak semua... tidak pernah pulak saya melihat keadaan ini. Ini sangat menghairankan... boleh sesiapa tolong beritahu.. apa sebenarnya yang terjadi?? guru itu bertanya dalam keadaan seperti hendak pitam...

Tiba-tiba.. salah seorang muridnya bangun dan berkata.. "sebab... cikgu pernah kata dulu... jika cikgu dapat melihat kami semua diam dan bersopan cikgu akan mati terkejut.... ha ha ha" sambil memerhatikan gurunya jatuh ke lantai.. dan kelas kembali bising macam biasa...

[ Kembali Ke Menu Kisah Lucu 3 ]

58- Mengapa Perlu Kahwin??

Udin baru berusia 14 tahun. Dia tahu yang minggu depan kakaknya yang sulung akan berkahwin.
"Kakak... kenapa akak mesti kahwin?" Tanya Udin petah.
"Nanti Udin dah besar, Udin tau sendiri la... ", jawab Kakak Udin.

Nyata Udin tidak berpuas hati dengan jawapan tersebut.
copy from: www.familiazam.com
Esoknya seperti biasa, Udin akan bertandang ke rumah Harun dan Karim apabila balik dari kelas mengaji Quran. Harun dan Karim merupakan sahabat baik dan mereka menyewa sebuah rumah berhampiran dengan rumah keluarga Udin. Mungkin kerana sama-sama masih teruna, Udin selesa duduk melepak di rumah Harun dan Karim walaupun umur mereka jauh berbeza.

Semasa Udin sampai ke rumah bujang tersebut, Harun dan Karim sedang asyik menonton cerita kegilaan mereka, CSI-Vegas.
"Harun, kau tolong garu belakang aku! Aduh, gatalnya!" Pinta Karim.
"Ah, tak kuasa aku! Tulah! Aku suruh kahwin kau tak nak. Kalau tak, boleh gak bini kau tolong garu belakang." Balas Harun pula.
copy from: www.familiazam.com
Udin tiba-tiba berasa amat gembira. Kini dia sudah dapat jawapannya.
"Kakak! Saya dah tahu sebab apa kakak kahwin!" Kata Udin dengan girang.
"Sebab apa?" Tanya Kakak Udin.
"Sebab gatal belakang!" Jawab Udin yakin.

Bapa mereka yang terdengar perbualan Udin dengan kakaknya itu menyampuk,
"Salah nak... sebenarnya gatal depan........"

Sumber: Melanggan melalui emel dengan www.GelakGiler.net
Diterbitkan pada: 15 Disember 2009

Mutiara Kata: "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan"


Anda dipanggl untuk sesi temuduga jawatan kerajaan?

Ketahui bagaimana anda boleh lulus dan terpilih untuk memegang jawatan yang ditawarkan berbanding calon-calon lain.

 
NOTIS
Pengunjung dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan dari laman ini sebagai perkongsian maklumat
dengan syarat seperti di bawah:
1-Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com pada setiap dokumen yang telah di copy.
2-Copy & upload images ke hosting anda sendiri atau free hosting jika bertujuan untuk disiar di blog sendiri.
3-
Menghubungi kami [email, borang, whatsapp atau sms] memohon izin adalah sikap dan jalan terbaik.
 
 
  MENU UTAMA
 
 
  IKLAN BERBAYAR
 
 
  IKLAN BERBAYAR
RAWATAN, PERUBATAN, PERSILATAN & KEMAKRIFATAN

Kami BUKAN Tok Bomoh, Pak Dukun atau pun Pak Ustaz. Kami hanyalah insan biasa seperti anda. Kami menyediakan rawatan bagi segala permasalahan berkaitan dengan gangguan jin atau sakit misteri seperti:

Gangguan Saka, Terkena Sihir, Pulih Rumah, Pulih Kedai, Rawatan Terkena Santau, Berbagai Masalah Berkaitan Ilmu Hitam.
Serta:
Membersih Dan Menyucikan Hati, Rawatan Pemulihan Dadah, Masalah Perhubungan Suami-isteri Dan Penyakit Fizikal.

Untuk Rawatan Dan Belajar Ilmu Kenal Diri Sila Hubungi:
 

Md Hatta Yusof
Call  Me / Whatsapp Me / SMS Me
 
Laman Web: http://kenal-diri.net
 
 
  PROGRAM MY REZEKI
Salam Sejahtera & Salam Silaturrahim.

Selalu bermasalah tak cukup duit?
Hutang PTPTN sudah tertunggak?
Cukai jalan dan insuran dah nak mati?
Duit poket sudah menipis?
Teringin nak tukar motorsikal?
Teringin nak tukar kereta?

Nak cari duit lebih.
Sila daftar PERCUMA di link berikut:
familiazam.com/myrezki

Saya akan tunjuk cara menjana pendapatan dengan mudah tanpa susah payah nak cari orang dan menjual produk...
Rebutlah peluang yang mungkin hanya datang sekali seumur hidup.
 
 
 

Proudly powered by WordPress

Kemaskini Akhir: 12 October 2017 07:44 PM