Rahsia Diet wanita

 

 
 

RESEPI KUIH-MUIH 2

 Laman Utama > Galeri > Resepi > Kuih-muih 2

[ Resepi Kuih-muih 1 ] [ Resepi Kuih-muih 2 ] [ Resepi Kuih-muih 3 ]

Dibawah ini adalah resepi kuih-muih yang boleh dicuba untuk hidangan sarapan pagi atau minum petang.

MENU KUIH MUIH 2


11- APAM GULA HANGUS

 

Bahan-bahannya:
3 gelas gula pasir
3 biji telur
4 gelas tepung gandum
3 camca besar susu tepung (dibancuh bersama air dan jadikan 1 gelas)
3 camca soda bikarbonat
Sedikit mentega (untuk menyapu loyang)
www.familiazam.com
Cara membuatnya:
1- Satu gelas gula dihanguskan kemudian masukkan segelas air. Masak hingga menjadi 1 gelas air gula hangus.
2- Telur dipukul bersama baki gula tadi hingga kembang.
3- Masukkan tepung yang telah diayak bersama soda bikarbonat berselang-seli dengan air gula hangus, akhir sekali masukkan susu.
4- Sapu mentega pada loyang dan kukuslah lebih kurang 45 minit.

[Kembali Ke Menu Kuih-muih 2]


12- KUIH CARA BERLAUK

 

Bahan-bahannya:
11/4cawan tepung gandum
1/4 sudu teh garam
1 biji kuning telur (pukul sedikit)
2 biji puih telur
1/4 cawan susu tepung krim
11/2 cawan air
1/2 mangkuk santan pekat
www.familiazam.com
Bahan inti:
60 gram isi ayam (dicincang)
6 ulas bawang merah (dikisar)
1 batang serai (dikisar)
1 sidu teh belacan (dikisar)
2 sudu besar air asam jawa
1 sudu teh minyak
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
Daun bawang (dihiris)
Cili merah (dihiris)
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1- Ayak tepung dan garam kedalam mangkuk adunan. Campurkan air, susu krim dan santan pekat hingga sebati. Kemudian masukkan susu dan campuran susu tadi sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan kacau sehingga rata. Setelah itu tapis adunan tersebut.
2- Panaskan minyak masak kedalam kuali dan tumis semua bahan inti sehingga masak. Masukkan air asam jawa, daun bawang serta hirisan cili.
3- Panaskan acuan kuih cara dan sapukan sedikit minyak. Masukkan adunan tepung sehingga seperuh penuh. Apabila sudah separuh masak, letakkan inti dan tutup acuan serta biarka kuih masak atas api perlahan.

[Kembali Ke Menu Kuih-muih 2]


13- BINGKA UBI KAYU

Bahan-bahannya:
2 kg ubi kayu (dikupas, diparut dan disejat)
300 gram gula pasir
1 camca teh garam
sedikit pewarna kuning (jika perlu)
2 biji telur, dipukul sebentar
500 ml santan daripada sebiji kelapa
www.familiazam.com
Cara membuatnya:
1- Masukkan ubi kayu parut di dalam mangkuk.
2- Masukkan gula pasir bersama garam, pewarna kuning dan telur. Kacau hingga sebati.
3- Masukkan santan, kacau hingga ia sebati dan tidak berketul-ketul.
4- Lenserkan sedikit minyak masak pada loyang bakar dan tuang bancuhan ke dalamnya. Bakar ia pada suhu 300 darjah celcius selama 30 minit atau sehingga permukaannya kekuningan.
5- Biarkan ia sejuk sebelum dipotong.

[Kembali Ke Menu Kuih-muih 2]


14- KUIH BAKAR JAGUNG CONTINENTAL

Bahan-bahannya:
500 gram jagung
100 gram gula pasir
110 gram tepung gandum
1/2 biji kelapa (300 ml santan)
Garam secukup rasa
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1- Gaulkan jagung dengan gula
2- Masukkan tepung dan kacau rata
3- Masukkan garam dan santan, setelah itu kacau hingga sebati
4- sapu acuan dengan mentega dan panaskannya, kemudian masukkan adunan tadi dan bakar hingga masak.

[Kembali Ke Menu Kuih-muih 2]


15- KUIH TORAK

Bahan-bahannya:
1 kg tepung pulut
1 biji kelapa (diambil santannya)
10 helai daun pandan (ditumbuk dan ambil airnya)
500 gram gula
secubit garam
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1- Campurkan tepung, gula, santan, air daun pandan dan garam. Kacau hingga sebati.
2- Selepas itu, tuangkan adunan perlahan-lahan kedalam daun pisang dan ikat kuat dengan tali rafia hingga
habis.
3- Akhir sekali masukkan ke dalam air medidih dan rebus selama 10 minit.

[Kembali Ke Menu Kuih-muih 2]


16- KUIH KOCI

Bahan untuk kulit:
1 kg tepung pulut
1 biji kelapa (diambil santan)
www.familiazam.com
Bahan untuk inti:
1 biji kelapa (diambil isi)
200 gram gula merah
1 cawan kecil air
1 helai daun pandan
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1- Untuk kulitnya, campurkan tepung dengan santan dan bancuh hingga menjadi liat.Kemudian, bahagikan adunan kepada bilangan doh.
2- Leperkan kulit untuk ruang intinya.
3- Untuk menyediakan intinya pula, campurkan semua bahan inti dan masakkan hingga kering.
4- Selepas itu, lakukan langkah yang sama iaitu bahagikan inti untuk dibalut bersama kulitnya.
5- Balut dengan kemas hingga habis.
6- Kukus selama 10 minit sebelum dibalut dengan daun pisang. selepas 10 minit keluarkan koci dan gaulkan
dengan sedikit pati santan yang pekat tadi.
7- Akhir sekali balutkan dengan daun pisang dan kukus selama 2 minit.

[Kembali Ke Menu Kuih-muih 2]


17- KUIH LIMAS

Bahan untuk lapisan bawah:
1 biji kelapa (diambil santan)
1/2 kg tepung beras
10 helai daun pandan (ditumbuk dan diambil airnya)
1 sudu teh gula
www.familiazam.com
Bahan untuk lapisan atas:
2 cawan pati santan
secubit garam
2 sudu makan tepung jagung
4 sudu makan tepung gandum
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1- Untuk lapisan bawah, bancuh air pandan dengan santan. Gaul hingga sebati.
2- Sebelum tuangkan bancuhan kedalam acuan daun pisang masukkan gula dan kukus selama lima minit.
3- Untuk lapisan atas pula, bancuh semua bahan yang diperlukan.
4- Setelah lapisan tadi menjadi sedikit keras, tuangkan bancuhan ini ke permukaan atasnya.
5- Kukus selama lima minit sebelum dihidangkan.

[Kembali Ke Menu Kuih-muih 2]


18- KRISTAL LAICI

Bahan-bahannya:
1 tin laici - asingkan airnya, buah laici dihiris nipis
1/2 cawan gula pasir
1 peket agar-agar
2 helai daun pandan
5 cawan air
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1- Masak agar-agar sampai hancur, bersama dengan simpulan daun pandan.
2- Kemudian masukkan gula. Selepas gula hancur, masukkan air laici yang telah di asingkan tadi.
3- Tuang ke dalam acuan yang telah disejukkan terlebih dahulu. Taburkan hirisan laici tadi. Kacau sedikit supaya hirisan tidak terkumpul di satu tempat sahaja.www.familiazam.com
4- Sejukkan.

[Kembali Ke Menu Kuih-muih 2]


19- KUIH ABOK-ABOK

Bahan-bahannya:
200gram sagu biji yang telah dibersihkan dan ditos.
300 gram kelapa parut - ambil putihnya sahaja.
5 ml air. www.familiazam.com
5 ketul gula melaka - dihancurkan.
Beberapa helai daun pisang dan penyucuk lidi.
Sedikit garam.
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
1- Gaul sahu dengan kelapa parut, garam dan air sehingga sebati.
2- Ambil sehelai daun pisang, bentukkan kon dan masukkan 2 sudu besar adunan sagu tadi, kemudian letakkan satu sudu kecil gula melaka yang telah dihancurkan tadi dan tutup dengan satu sudu besar sagu lagi. Tekan supaya padat.
3- Gunakan lidi untuk matikan lipatan sebelah bawah.
4- Buat lagi sehingga adunan habis
6- Kukus sehingga masak (antara 40-45 minit)

[Kembali Ke Menu Kuih-muih 2]


20- KUIH TALAM BERLAUK

 

Bahan-bahannya:
100 gram tepung beras
100 gram santan pekat
250 gram air (3 Cawan)
Garam secukup rasa 
50 gram udang kering (dimesin halus)
3 helai daun sup (dimayang halus)
Bawang goreng (mengikut rasa)
Cili sos (mengikut rasa)
www.familiazam.com
Cara-cara membuatnya:
Tepung beras dibancuh dengan air, masukkan santan, sedikit garam dan dimasak setengah masak. Masukkan dalam loyang dan kukus sehingga masak. Kemudian angkat loyang dan taburkan udang kering,bawang goreng dan daun sup di atasnya. Tuangkan sos cili mengikut rasa.

[Kembali Ke Menu Kuih-muih 2]

Mutiara Kata: "Doa memberikan kekuatan pada orang yang lemah, membuat orang tidak percaya menjadi percaya dan memberikan keberanian pada orang yang ketakutan"


Ketahui cara bagaimana anda boleh menguasai Bahasa Inggeris dengan menggunakan 3 strategi yang dijamin paling berkesan!

Kini anda mampu menguasai Bahasa Inggeris dengan baik tanpa perlu menghabiskan wang ringgit menghadiri kursus-kursus serta membeli perisian-perisian yang mahal-mahal!

 
 
 Main Menu 1
Laman Utama
Salam Ingatan
Bahasa Jawa
  
Belajar
  
Kamus Melayu - Jawa
  
Kamus Jawa - Melayu
  
Mari Sebutkan
  
Lagu Jawa
Galeri
  
Islam
  
Foto
  
Resepi
  
Artikel
  
Permainan
  
Perkhidmatan
  
Nukilan
   Petua
   Tutorial
 Tips & Info
  
Komputer
  
Kereta
  
Umum
  
Laman Web
Koleksi
  
Background
  
Border
  
Midi
  
Bendera
  
Divider
  
Lawak Kata
  
Mutiara Kata
  
Lencana
   Motivasi Dr Fazley
   E-book
Peta Laman
Kemaskini
Hubungi Kami
Komen Pengunjung

Ardzham Blog
 

 Shout Box
 
 Eksklusif Sponsor
Membongkar rahsia Usahawan Kecil Yang Berjaya
GU Inspiration
Iklan Anda Di Sini
 
 Site Rank




Display Pagerank

Site Meter

 
 Recommended Downloads


Download Now
Nak kahwin? tapi... TAK CUKUP DUIT?
Dapatkan rahsia mengumpul & menjana wang untuk perkahwinan anda.

Download Now
Sebagai ibu-bapa anda pasti diselubungi pelbagai persoalan mengenai bagaimana untuk membuatkan anak-anak anda sentiasa mendengar kata serta terhindar dari pelakuan-perlakuan negatif.

Download Now
Ketahuilah teknik pengurusan masa yang sebenar! dan jimatkan masa anda sekurang-kurangnya 10 jam seminggu... Pelajari strategi & tips menggunakan masa dengan efektif demi untuk diri dan keluarga anda.

Download Now
Ketahui rahsia lulus temuduga SPA dengan mudahnya dan seterusnya bergelar sebagai PENJAWAT AWAM!! Kerja Kerajaan dalam genggaman... hadiri temuduga kerja kerajaan berbekalkan keyakinan yang tinggi untuk lulus

 
Copyright © 2001 - 2010 Famili Azam Dot Com

Kemaskini Akhir: 30 August 2010 11:19 PM