|
Beberapa petua yang kami himpunkan untuk alternatif jika anda menghadapi
masaalah berkaitan dengan keadaan seperti dibawah. Jika anda ingin menyumbangkan petua sila
emailkan kepada kami ke alamat: al_quazam at yahoo
dot com atau
klik disini
MENU LAIN LAIN PETUA
01- Agar warna kain batik tahan
lama
www.familiazam.com
Kekalkan warna kain batik dengan beberapa helai daun betik dan rebus
bersama air. Ketika rebusan masih panas, masukkan kain batik dan rendam
semalaman. Cuci seperti biasa.
[ Kembali Ke Menu
Lain Lain Petua ]
02-
Menghalau nyamuk
Tumbuklah beberapa helai daun limau, kemudian diletakkan dalam piring/pinggan.
Letakkan piring tersebut pada tempat yang banyak nyamuk terutama di tempat
yang gelap.
[ Kembali Ke Menu
Lain Lain Petua ]
03- Menghalau semut halus
www.familiazam.com
Seringkali bila kita meletakkan barangan terutamanaya makanan ada saja
semut halus yang menghurunginya. Cara mudah untuk menghalangnya adalah
dengan menconteng disekeliling barangan tadi dengan kapur tulis. Dengan
demkian semut halus tidak akan menganggu barangan tadi. Serbuk kapur tulis
juga boleh ditaburkan dilaluan semut-semut untuk menghalaunya.
[ Kembali Ke Menu
Lain Lain Petua ]
04- Hilangkan kesan karat
pada pakaian
Untuk menghilangkan kesan karat lama atau baru pada pakaian, bersihkan
pakaian terlebih dahulu. Sapu sedikit kapur pada kesan karat tersebut dan
perahkan limau nipis keatasnya. Biarkan 30 minit dan bolehlah dibilas.
[ Kembali Ke Menu
Lain Lain Petua ]
05- Jika kereta di masuki air www.familiazam.com
Ada masanya tanpa kita sedari kereta kita dimasuki air menyebabkan
permaidani menjadi basah. jika dibiarkan bau yang tidak menyenangkan pasti
muncul, lagi pula kita bimbang akan berlaku kekaratan pada lantai kereta
yang pasti akan memakan belanja yang besar untuk membaikpulih. Jika anda
menghadapi masaalah demikian kami cadangkan anda mencuba petua ini.
Keluarkan pelapik getah dan selakkan permaidani yang basah itu, Letakkan
beberapa lapis akhbar lama dan tutup kembali. Letakkan juga beberapa
keping akhbar lama diatas permaidani sebelum anda meletakkan semula
pelapik getah tadi.
Gantikan akhbar lama itu setelah 2 hari dan ulangi sehingga anda dapati
kelembapan telah tiada lagi. Selamat mencuba.
[ Kembali Ke Menu
Lain Lain Petua ]
06- Melancarkan laci yang
tersekat
Jika laci almari atau meja anda tersekat-sekat dan sukar ditolak-tarik,
ambil lilin dan gosokkan pada bahagian tepi-bawah laci anda. atau jika
laci anda menggunakan rel di bahagian tengah, gosokkan lilin pada bahagian
itu, selepas itu pasang kembali laci anda dan sorong tarik beberapa kali
dan lihatlah hasilnya. Laci anda pasti akan lebih lancar.
[ Kembali Ke Menu
Lain Lain Petua ]
07- Mengilap perabut lama
www.familiazam.com
Jika anda mempunyai perabut lama yang masih boleh digunakan,
Untuk menambah serinya silalah ikuti petua di bawah:
Ambil bekas air, isikan lebih kurang satu liter air kemudian masukkan dua
sudu cuka. Lapkan perabut anda dengan menggunakan bahan tersebut dengan
kain yang lembut. Mudah-mudahan perabut anda akan kembali berseri.
[ Kembali Ke Menu
Lain Lain Petua ]
08- Mengharumkan bilik tidur
Ambil beberapa helai daun pandan wangi, ramas-ramas dan pintalkan.
Letakkan ditempat yang sesuai dalam bilik tidur anda. Atau anda boleh juga
letakkan beberapa limau kasturi yang di belah dua di tempat sesuai. Bilik
tidur anda akan sentiasa harum dengan adanya daun pandan atau limau
kasturi berkenaan.
[ Kembali Ke Menu
Lain Lain Petua ]
09- Lilin tahan lama
Pada lazimnya kita akan menggunakan lilin apabila bekalan elektrik
terputus.Tetapi kebiasaannya lilin akan cepat habis atau cair.Jadi untuk
menjadikan lilin ini menyala lebih lama,cubalah anda simpan lilin ini di
dalam peti sejuk selama lebih kurang 24 jam sebelum anda gunakan. Lihatlah
hasilnya anda pasti kagum.
[ Kembali Ke Menu
Lain Lain Petua ]
10-Jam tangan dimasuki air
www.familiazam.com
Beras banyak kegunaannya termasuklah mengatasi masalah jam tangan
yang di masuki air. Caranya letak jam tangan di dalam beras
semalaman. Keesokannya jam tangan tidak berair lagi.
[ Kembali Ke Menu
Lain Lain Petua ]
11- Kulit bayi cantik
Ibu-ibu yang mengandung enam bulan ke atas dinasihatkan meminum air
kelapa muda bagi tujuan ini. Minumlah seminggu sekali dan jangan
minum terlalu banyak. Cukuplah dengan segelas sahaja.
[ Kembali Ke Menu
Lain Lain Petua ]
12- Hilangkan kesan gincu
www.familiazam.com
Untuk hilangkan kesan gincu pada pakaian atau tudung anda, tidak
perlu menyental terlalu kuat. Ambil sedikit syampu dan gosok pada
bahagian tersebut. Syampu juga lembut pada tempat yang terkena bahan
kotoran lain. Bilas seperti biasa.
[ Kembali Ke Menu
Lain Lain Petua ]
13 - Tajamkan gunting
Gunting daun sirih satu persatu. Anda akan dapati gunting yang tumpul
itu akan tajam semula.
[ Kembali Ke Menu
Lain Lain Petua ]
14- Elak barang pecah
Simpan peralatan memasak seperti periuk belanga ketika barang itu masih
basah lagi untuk mengurangkan risiko pecah sewaktu mengangkat barang.
[ Kembali Ke Menu
Lain Lain Petua ]
15- Petua mencabut gigi
sendiri
Ambil tempurung kelapa yang masih basah dan letakkan di atas cawan.
Letakkan bara api di atas tempurung dan biarkan sehingga keluar minyak
tempurung yang menitis kedalam cawan. celupkan kapas kedalam minyak
tersebut dan letakkan kedalam gigi dan dititik ke gigi tersebut.
[ Kembali Ke Menu
Lain Lain Petua ]
Kemaskini: 20 Disember 2009 |