|
MEMBENDUNG RASA
TAKUT & GEMENTAR
KETIKA BERUCAP |
 |
|
|
Bagi membendung rasa takut dan
gementar semasa berucap, berikut adalah 25 langkah yang boleh
dijadikan panduan dalam mengatasi masalah anda:
- Berdoa kepada Tuhan agar
anda diberi ketenangan dan kejayaan ketika berucap.
- Tarik nafas dalam-dalam
bagi mengurangkan ketegangan pada tubuh. Langkah ini dapat
mengurangkan rasa gugup anda ketika berhadapan
dengan orang ramai.
http://familiazam.com
- Anggap khalayak sebagai
rakan anda dan angan terlalu risau dengan jumlah hadirin yang
ramai.
- Elakkan menjalin
pertemuan mata dengan setiap orang sebaliknya melihat kearah
aras kepala setiap orang seolah-olah anda melihat mereka.
- Datang lebih awal
ketempat anda berucap supaya anda dapat mengenali dan menguasai
lokasi terbabit. Dekati hadirin anda dan berbual
dengan mereka kerana secara psikologinya ia memberi keyakinan
apabila anda mila berucap.
- Jalin hubungan mata
dengan khayalak yang mesra dan melemparkan senyuman kepada anda
atau mengangguk kerana dengan cara itu anda
tidak merasa tertekan berbanding melihat wajah yang serius.
- Yakinkan diri anda akan
berjaya dan bersikap positif. Khayalak sebenarnya tidak ingin
melihat anda gementar atau takut kerana mereka mahu
mendengar ucapan umum yang baik dan berinformasi.
- Elakkan daripada memegang
kertas kerana jika anda gementar ia akan kelihatan
terketar-ketar dan ini akan menambahkan perasaan
gementar serta tertekan.
http://familiazam.com
- Cuba hafal kenyataan
minit-minit awal supaya anda akan kelihatan yakin berada di
hadapan.
- Tanya soalan juga satu
cara untuk membunuh rasa takut dan gementar.
- Buat persediaan yang
cukup kerana kajian mendapati kurangnya persiapan membuatkan
anda lebih gementar. Dapatkan data, statistik,
maklumat dan contoh yang sesuai supaya anda dilihat sepuluh
langkah di hadapan berbanding khalayak.
- Belatih dan terus
berlatih membuatkan anda lebih bersedia. Jika tidak mahu
bercakap di hadapan rakan, gunakan cermin sebagai langkah
berlatih.
http://familiazam.com
- Cuba tenangkan diri
secara jasmani sebelum berucap. Ambil beberapa langkah untuk
bertenang seperti mandi, berenang dan mendengar
muzik.
- Buat permulaan berdiri di
belakang podium atau rostrum akan membunuh rasa takut dan
gementar tetapi kawal bahasa badan anda dengan
tidak berpegang kepada rostrum berkenaan.
- Berjalan di tengah
khalayak ramai apabila sudah mendapat keyakinan. Dengan cara ini
anda sebenarnya sudah menjalin hubungan dengan
mereka.
http://familiazam.com
- Ketahui khalayak anda
sebelum tutun ke gelanggang kerana ia dapat menyesuaikan anda
dengan bahan ucapan, contoh humor dan
sebagainya.
- Jangkakan soalan kerana
anda akan bersiap sedia dengan jawapannya jika ia ditanya.
- Jangan beritahu khalayak
mengenai ketakutan anda kerana mereka tidak akan tahu sekiranya
anda tidak menunjukkan dengan perbuatan anda.
- Elakkan daripada
menghafal seluruh isi kandungan dan ayat utama dalam teks ucapan
anda kerana ia lebih memberi tekanan.
- Lakukan senaman kecil
seperti menekan tapak tangan atau kaki kelantai tetapi jangan
sampai ia kelihatan ketara di mata hadirin.
- Bunuh fikiran negatif dan
jangan biarkan ia menguasai minda dan emosi anda. Fikir positif
akan memberi keyakinan berbanding kegagalan.
- Fokus kepada ucapan dan
elakkkan daripada melakukan atau memikirkan perkara lain seperti
apa khalayak memikirkan mengenai anda.
- Awasi cara anda duduk
kerana cara duduk juga membantu anda mengurangkan tekanan.
- Minum air kosong untuk
membasahkan tekak.
- Bercakap dengan perlahan
kerana jika anda berucap dengan pantas ia seolah-olah
memperlihatkan anda ingin segera menghabiskan ucapan
selain memburukkan keadaan.
http://familiazam.com
Sumber:
Forward Email
Diterbitkan Pada:
01 Mac 2007
 |
|
Mutiara Kata:
"Sesiapa yang dapat menahan marahnya, padahal dia berkuasa untuk
melepaskan marahnya itu maka Allah memenuhi hatinya dengan iman dan
rasa aman ketenangan" |
|
|

Anda rasa diri anda
masih belum berjaya? Anda rasa diri anda biasa-biasa sahaja? Anda rasa
orang lain lebih hebat dari anda?...

Tahukah anda, Dalam diri anda terdapat satu kuasa "SUPERHERO" yang
boleh dicungkil untuk menjadikan diri anda seorang yang hebat dan lebih
berjaya daripada orang lain! |
|
|
|
|
|
 |
|
Main Menu |
|
|
|
Notice |
Pengunjung
dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan
dari laman ini sebagai perkongsian maklumat
dengan syarat:
|
1- |
Meletakkankan Sumber:
http://familiazam.com pada
setiap dokumen yang telah di
copy. |
|
2- |
Copy & upload images ke hosting
anda sendiri atau free hosting
jika bertujuan untuk disiar di
internet. |
|
3- |
Menghubungi kami [email,
borang
atau sms] memohon izin adalah
sikap dan jalan terbaik |
|
4- |
Nyatakan tujuan dan url jika di
copy untuk dimuatkan dalam web,
blog.atau laman sosial seperti
facebook dan sebagainya. |
|
|
|
|
|
Follow
Me |
|
|
|
|
|
Paid-up
Advertisement |
|
|
|
Text Advertisement |
|
RAWATAN, PERUBATAN,
PERSILATAN & KEMAKRIFATAN
Membersih Dan Menyucikan Hati, Pemulihan
Penagihan Dadah, Membuang Saka, Terkena Sihir,
Terkena Santau,
Pulih Rumah, Pulih Kedai, Pulih Kilang,
Masalah Kecurangan Suami Isteri, Masalah Keluarga
& Anak-anak,
Sakit Misteri & Sebagainya.
Maklumat Lanjut Sila Hubungi:

PAK HASSAN

SMS KE: 017 390 8287
http://rawatan-tradisional.com
http://rawatan-perubatan.blogspot.com |
- Pesakit
akan dibimbing untuk merawat diri sendiri
semasa dan selepas rawatan.
- Tiada
unsur khurafat, penggunaan khadam & jin.
- Cara
rawatan dan perubatan tidak lari dari akidah
islam.
- Bersedia
untuk datang merawat di rumah pesakit (Untuk
kawasan berhampiran Muar sahaja).
- Untuk
keselesaan pesakit, rawatan boleh dilakukan
di rumah pesakit sendiri.
- Boleh
merawat pesakit yang bukan beragama islam.
- Boleh
mengajar dan menurunkan ilmu kepada sesiapa
yang benar-benar berhajat.
|
|
|
|
|
|