MEMILIH NAMA DOMAIN

Tips & Info

 Laman Utama > Tips & Info > Laman Web > Memilih Nama Domain

Berikut kami paparkan tips-tips memilih nama domain yang baik, selamat membaca.

1) Akhiran yang baik.
Pada masa kini, akhiran “.com” masih menjadi pilihan yang terbaik bagi sesuatu nama domain. Sebagai contohnya, jika anda mencari sesuatu website dan anda hanya mengingati nama website tersebut, adakah anda akan mula mencari website tersebut dengan menaip “xxxxx.info” terlebih dahulu? Tidak, pastinya anda akan cuba menaipnya seperti berikut “xxxxx.com”
http://familiazam.com
Jadi, cubalah dapatkan nama domain yang berakhir dengan “.com” seboleh-bolehnya untuk website anda. Tetapi, jika setelah anda penat berusaha dan masih tidak berjaya mendapatkan nama yang sesuai untuk website anda yang berakhiran dengan “.com” , nama domain yang berakhir dengan “.net” juga boleh dipertimbangkan.

Sebenarnya, anda juga boleh menggunakan akhiran “.biz” , “.info”, “.org” atau “.tv” untuk nama domain website anda, tetapi, pastikan terlebih dahulu anda mempunyai alasan yang kukuh sebelum memilih nama domaian yang berakhiran sebegitu.
www.familiazam.com
Contohnya, jika anda ingin mencari nama domain untuk website syarikat televisyen anda, nama domain yang berakhir dengan “.tv” pastinya akan lebih berkesan.

2) Pendek
Nama domain yang pendek adalah lebih mudah untuk diingati, dan ia sekaligus mengurangkan keberangkalian kesilapan orang ramai untuk menaipnya. Jadi dapatkanlah nama domain sependek yang mungkin. Sebolehnya hendaklah kurang daripada 13 huruf (tidak termasuk akhiran .com). Ini kerana, menurut kajian psikolgi, seseorang lebih sukar/malas atau kerap salah apabila ingin mengeja perkataan yang melebihi 13 huruf.
http://familiazam.com
Tetapi, jika tidak dapat juga. Menggunakan satu atau dua patah perkataan untuk nama domain anda juga masih kelihatan menarik dan mudah diingati.

3) Jelas & membawa maksud
Nama domain yang bagus adalah nama domain yang jelas serta dapat memberikan maksud serta gambaran yang tepat tentang sesuatu website hanya dengan membaca/menyebut nama domain tersebut. Oleh itu, pelawat akan mudah untuk membuat keputusan sama ada mereka mahu atau tidak melawat website anda apabila mereka melihat nama website anda di dalam senarai keputusan carian mereka di enjin carian.
http://familiazam.com
Nama domain yang jelas juga senang untuk diingati sebagai suatu jenama di pasaran.

Ya, ada juga sesetengah syarikat yang besar yang sungguh berjaya walaupun mereka tidak menggunakan nama domain yang jelas dan kurang memberi maksud seperti Yahoo! Tetapi, mereka telah membelanjakan kos yang agak besar didalam kempen pemasaran bagi mengukuhkan jenama tersebut.
http://familiazam.com
Yang pastinya, teknik menggunakan nama domain yang memberi maksud adalah satu kaedah yang lebih baik daripada menghabiskan berjuta-juta wang hanya untuk memberitahu orang ramai apa sebenarnya yang anda lakukan di sebalik nama domain tersebut.

4) Katakunci
Nama yang mengandungi kata kunci serba sedikit dapat membantu posisi yang lebih baik di enjin carian dan ia mempunyai peluang yang lebih cerah untuk disenaraikan di antara 10 yang teratas tanpa sebarang usaha untuk mengoptimunkannya. Sememangnya, nama domain yang kaya dengan kata kunci juga turut mempunyai ciri nama domain yang jelas dan membawa maksud. Nama domain seperti webhosting.com pastinya lebih baik daripada menggunakan nama perniagaan anda yang bernama encikali.com yang sebenarnya menawarkan perkhidmatan web hosting.
http://familiazam.com
5) Elakkan nombor
Nama domain yang mengandungi nombor juga seboleh-bolehnya dielakkan, ini kerana, nama domain yang mempunyai nombor boleh mengelirukan jika ianya cuba disebarkan kepada orang ramai melalui mulut ke mulut atau suara(radio), ini kerana laman web seperti www.anda2u.com mungkin akan disebut sebagai “anda to you” atau “anda dua you” atau.. “anda to you.. to tu dua tau.. nombor dua.. paham tak?”..

Aduh.. sungguh mengelirukan, kecuali jika ia ditulis dan disebarkan melalui medium yang dapat dilihat seperti tv atau poster.

6) Bunyi sama, ejaan berbeza
Nama domain yang mempunyai bunyi yang sama tetapi berbeza ajaan juga boleh mengelirukan sepertimana kekeliruan yang diwujudkan oleh nama domain yang bernombor. Nama domain seperti www.sitiaishah.com mungkin boleh mengelirukan jika ia hanya disebut tanpa ditulis atau dilihat, ini kerana, nama domain tersebut berkemungkinan mempunyai ejaan seperti:-
http://familiazam.com
www.ctaishah.com
www.sitiaisyah.com
www.sitiaisha.com
www.sitiaysyah.com

jadi, elakkanlah nama domain yang mempunyai sebutan yang sama tetapi ejaan yang berbeza seboleh-bolehnya.
http://familiazam.com
Antara ejaan yang sama tetapi sebutan berlainan adalah seperti ejaan yang mengandungi
“ai” atau “ay” atau “ i ”
“mi” atau “mee” atau “me”
“shah” atau “syah”
“mat” atau “md” atau “mad”

Mohd Suhaimy Abu Bakar
Site Administrator
www.sempoihosting.com
“Webhosting professional mampu milik untuk rakyat Malaysia.”

Mutiara Kata: "Memohon doa kepada Tuhan adalah laksana samudera yang dapat mencapai setiap sudut pantai keperluan hidup manusia"


Anda dipanggl untuk sesi temuduga jawatan kerajaan?

Ketahui bagaimana anda boleh lulus dan terpilih untuk memegang jawatan yang ditawarkan berbanding calon-calon lain.

 
NOTIS
Pengunjung dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan dari laman ini sebagai perkongsian maklumat
dengan syarat seperti di bawah:
1-Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com pada setiap dokumen yang telah di copy.
2-Copy & upload images ke hosting anda sendiri atau free hosting jika bertujuan untuk disiar di blog sendiri.
3-
Menghubungi kami [email, borang, whatsapp atau sms] memohon izin adalah sikap dan jalan terbaik.
 
 
  MENU UTAMA
 
 
  IKLAN BERBAYAR
 
 
  IKLAN BERBAYAR
RAWATAN, PERUBATAN, PERSILATAN & KEMAKRIFATAN

Kami BUKAN Tok Bomoh, Pak Dukun atau pun Pak Ustaz. Kami hanyalah insan biasa seperti anda. Kami menyediakan rawatan bagi segala permasalahan berkaitan dengan gangguan jin atau sakit misteri seperti:

Gangguan Saka, Terkena Sihir, Pulih Rumah, Pulih Kedai, Rawatan Terkena Santau, Berbagai Masalah Berkaitan Ilmu Hitam.
Serta:
Membersih Dan Menyucikan Hati, Rawatan Pemulihan Dadah, Masalah Perhubungan Suami-isteri Dan Penyakit Fizikal.

Untuk Rawatan Dan Belajar Ilmu Kenal Diri Sila Hubungi:
 

Md Hatta Yusof
Call  Me / Whatsapp Me / SMS Me
 
Laman Web: http://kenal-diri.net
 
 
  PROGRAM MY REZEKI
Salam Sejahtera & Salam Silaturrahim.

Selalu bermasalah tak cukup duit?
Hutang PTPTN sudah tertunggak?
Cukai jalan dan insuran dah nak mati?
Duit poket sudah menipis?
Teringin nak tukar motorsikal?
Teringin nak tukar kereta?

Nak cari duit lebih.
Sila daftar PERCUMA di link berikut:
familiazam.com/myrezki

Saya akan tunjuk cara menjana pendapatan dengan mudah tanpa susah payah nak cari orang dan menjual produk...
Rebutlah peluang yang mungkin hanya datang sekali seumur hidup.
 
 
 

Proudly powered by WordPress

Kemaskini Akhir: 12 October 2017 07:44 PM