Oct 31

Nama : MUSINAH BINTI GOSONG
Alamat : Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pelajaran Daerah Ranau, Sabah
Lahir : 20.10.197….
Tempat Lahir: Kg. Napong Ranau Sabah Malaysia
Alamat: Pusat Kegiatan Guru, Pejabat Pelajaran Daerah, 89300 Ranau, Sabah.
Telefon : 088 876808
E-mel : musinah_gosong@yahoo.com.my
Pekerjaan : Pembantu Tadbir
Laman Web: http://fasisbh1-musinah.zoom-a.com/
Tahniah sebab telah berjaya membina laman web berdasarkan teknik Copy/Paste dari laman Famili Azam Dot Com. Cerita Lawak, Teka Teki, Koleksi Bendera, Tips Komputer, Petua Kesihatan, Petua Didapur, Resepi Masakkan, Resepi Minuman, Resepi Kuih Muih Semuanya Copy/Paste!!!
Kemaskini: 12-11-2008
Jawapan dari Musinah dalam shoutbox Ardzham Blog’s
musinah: salam sejahtera Tuan Ardzham. Saya minta maaf kerana website saya adalah copy & paste daripada website tuan.
2008-11-12 11:27 AM
musinah: sebenarnya website ini dibangunkan oleh org lain atas nama saya. Oleh itu bagi pihak individu yang mengupload data tuan, saya
pohon tuan maafkan juga.
2008-11-12 11:32 AM
musinah: saya sedang belajar untuk mengendali website ini atas password saya sendiri dan akan mendelete semua yang berkaitan dengan
website tuan.
2008-11-12 11:34 AM
musinah: mohon maaf banyak2. kepada semua pengunjung website famili azam, tolong maafkan saya. terima kasih
2008-11-12 11:36 AM
Oct 24

Setelah beusaha sedaya upaya dari 2hb Oktober sehingga hari ini maka siaplah 90% Majalah Syu’latul Kifah dan selamat di upload ke hosting. Perkara yang paling leceh adalah meng edit dan rename gambar dari saiz 2592 X 1944 pixel 4342.99Kb ke saiz 500 X 375 pixel 34.26Kb dengan kualiti 60%. Maka dalam Warna Warni Smapr itu mengandungi 23 Album dan setiap satunya mengandungi sekurang-kurangnya 7 gambar sehingga 60 gambar.
Versi online boleh di layari di http://www.smaprbp.razc.net
Oct 17

Pulang dari kerja basah kuyup lagi karana hujan turun, semalam pun macam tu jugak. Masa kena hujan ni baru teringat nak beli visor untuk menghalang air hujan terkena muka. Sakit woo muka kena air hujan masa naik motor. Sebelum sampai dirumah saya singgah di kedai motor membeli visor jenis bogo berharga RM13.00
Sampai dirumah terus mandi, solat asar dan makan. Memang dah jadi kebiasaan saya makan sebaik pulang dari kerja. Yelah dah seharian bekerja tentulah lapar. Pagi saya biasanya hanya bersarapan dengan segelas oat, tengahari hanya makan mee goreng. Kekadang nasi goreng atau kue tiau goreng yang biasanya saya beli RM1.00 di warung Kak Shidah.
Malam ni sekitar jam 8.20 malam, Dua keluarga pakcik saya iaitu Cik Amy dan Cik Zahar dari Sungai Abong datang berziarah sempena hari raya. Saya kopek dan potong keledek, isteri saya bancuhkan tepung dan gorengkan jemput-jemput keledek. Itu saja yang dapat dibuat sebab diaorang datang main serbu jer. Langsung tak bagitahu….
Oct 11
Huh, lama juga saya tak menulis di blog. Agak sibuk sikit masa raya ni dan beberapa hari lepas hosting saya mengalami masaalah. Dalam pada itu saya sedang membina Majalah Syu’latul Kifah Edisi 5 untuk sekolah Menengah Agama Parit Raja. Saya dapat projek ini untuk tahun ke 5 berturut-turut. Majalah Syu’latul Kifah adalah Majalah Tahunan sekolah sebenarnya, dibina dalam dua versi iaitu versi online dan versi CD. Versi online akan di upload ke server manakala versi CD akan dijual kepada semua pelajar.
Hari ini saya memperbaharui cukai jalan kereta saya di pejabat pos Muar. Cukai jalan kereta saya tamat tempoh pada 9hb Oktober lepas. Maka hari ini dapat juga saya merasa duit rebat atau duit subsidi minyak sebanyak RM625.00.
Selesai memperbaharui cukai jalan, saya nak memperbaharui sekali lesen memandu. Tapi dah kerana nasib badan kurang baikagaknyalah…, maka talian internet di pejabat pos pulakdown. Jadi saya terpaksa ke satu lagi pejabat pos yang terletak dikampung kenangan lebih kurang 5km untuk memperbaharui lesen memandu. Ramah betul kakak yang bertugas dikaunter, nasib baik juga tangan cekap bergerak seiring dengan mulut bercakap. Kalau mulut bercakap, tangan tak gerak buat kerja terpaksalah menunggu lama gamaknya…
Sep 29
Selesai sudah segala urusan sebelum menjelang hari raya. Baju anak-anak dah beli, baju sendiri pun dah beli cuma baju isteri jer belum tau khabarnya sebab kena upah orang jahitkan. Kuih raya dah buat, entah berapa jenis saya pun tak tahu sebab isteri buat kuih tu kat rumah adik ipar. Bila dah siap pun simpan kat sana. kalau bawa balik takut habis sebelum raya, maklumlah rakyatnya ramai kat rumah saya.
Petang tadi selepas asar saya ke masjid Parit Bakar untuk membayar Fitrah. Patutnya ini yang didahulukan, tapi kerana kealphaan maka ia menjadi yang terakhir. Tapi tak apalah asal jangan bayar fitrah selepas solat sunat hari raya dahlah.

Oleh kerana dah saya kata tadi, rakyatnya ramai maka bayar fitrah pun kena juga
RM6.50 X 8 orang = RM52.00 Mudah-mudahan mendapat keberkatan.
SMS/PANTUN RAYA JAWA:
krokedail hunter nyekeli boyo,
endas singo tugu singapuro,
kulo sekeluargo ngucapne selamet dino bodo,
keluputan seng akeh-akeh dingapuro.
godong kupat janur kelopo,
mangan jenang karo silo,
baju royo mu werno opo,
ojo madani langsir kulo.
bajune kuning tudunge ijo,
sarapan gemblong tutule koyo,
seng okeh eleng nyawane anak bojo,
ati-ati nek mandu neng dalan royo.
Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Dan Batin Dari Kami Sekeluarga.
Sep 29
Nampaknya bandwidth di familiazam.com dah kritikal sebab had 10GB transfer bulanan dah hampir sampai ke kemuncak. Kalau macam ni nampaknya terpaksa upgred hosting, ini bermakna kena tambah modal lagi….


