Utama    Bahasa Jawa    Muatturun    Arkib    Hubungi

RAHSIA UTAMA KECAPI NIKMAT PUASA



ADR Yusuf Qardhawi dalam kitabnya al-Ibadah Fil Islam mengungkapkan ada lima rahsia utama puasa yang membolehkan kita berasakan kenikmatan dalam ibadat ini.
www.familiazam.com
Menguatkan jiwa.
Dalam hidup, kita mendapati ada manusia dikuasai hawa nafsu.
Manusia seperti ini, menuruti apa yang menjadi keinginannya, walaupun ia sesuatu yang batil serta mengganggu dan merugikan orang lain.
Oleh itu, dalam Islam ada perintah memerangi hawa nafsu dengan maksud berusaha untuk menguasainya.
Sekiranya dalam peperangan ini (hawa nafsu) manusia kalah, malapetaka besar akan berlaku. Perkara ini kerana manusia yang kalah itu mengalihkan pengabadiannya daripada Allah kepada hawa nafsu yang cenderung kepada kesesatan.
Allah memerintahkan kita memerhatikan masalah ini dalam firman-Nya bermaksud: “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmu-Nya.” (Surah al-Jaathiyah, ayat 23)
www.familiazam.com
Mendidik keinginan ke arah kebaikan.
Puasa mendidik seseorang memiliki keinginan kepada kebaikan, walaupun menghadapi pelbagai rintangan. Puasa yang dikerjakan secara baik akan membuatkan seseorang itu terus mempertahankan keinginannya yang baik.
Rasulullah SAW bersabda, maksudnya: “Puasa itu sebagai benteng” (daripada serangan keburukan).
Dalam kaitan ini, puasa menjadikan rohani seorang Muslim semakin ampuh. Kekuatan rohani unggul ini membuatkan seseorang itu tidak akan lupa diri, walaupun mencapai kejayaan atau kenikmatan duniawi.
www.familiazam.com
Menyihatkan badan.
Di samping kesihatan dan kekuatan rohani, puasa memberikan pengaruh positif terhadap kesihatan jasmani (tubuh dan anggota badan). Hal ini tidak hanya dinyatakan oleh Rasulullah SAW , malah dibuktikan doktor atau ahli perubatan.
www.familiazam.com
Mengenal nilai kenikmatan dan bersyukur.
Dalam hidup ini, sebenarnya terlalu banyak kenikmatan diberikan Allah kepada manusia, tetapi ramai tidak mensyukurinya.
Maka, dengan puasa manusia bukan hanya disuruh merenungi kenikmatan diperoleh, malah diminta merenung nikmat Allah kepada kita.
www.familiazam.com
Mengingati dan berasakan penderitaan orang lain.
Berlapar dan dahaga memberikan pengalaman bagaimana beratnya penderitaan yang dirasakan orang lain. Pengalaman berlapar dan haus itu akan segera berakhir hanya dengan beberapa jam (lebih kurang 12 atau 13 jam), sementara penderitaan orang lain entah bila berakhir.
www.familiazam.com
Oleh itu, sebagai simbol daripada rasa simpati itu, sebelum Ramadan berakhir, kita diwajibkan untuk menunaikan zakat (fitrah). Zakat tidak hanya bagi kepentingan orang miskin dan menderita, malah menghilangkan kekotoran jiwa berkaitan harta seperti gila harta dan kikir.

Sumber: Foward Email

Mutiara Kata: "Janganlah mudah kita melemparkan kata-kata nista kepada orang lain sebab mungkin orang yang dinista itu lebih baik daripada kita. Orang yang baik juga sentiasa menjaga lidahnya daripada menyakiti hati orang lain"


Usah lagi membazirkan wang dan membahayakan kesihatan anda dengan menjadi perokok!

Ketahui bagaimana anda boleh berhenti merokok untuk selama-lamanya dalam masa 3 minggu tanpa perlu mengambil sebarang ubat atau herba atau sebarang makanan pelik!

 

 Main Menu Utama
 Notice
Pengunjung dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan dari laman ini sebagai perkongsian maklumat dengan syarat:
1- Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com pada  setiap dokumen yang telah di copy.
2- Copy & upload images ke hosting anda sendiri atau free hosting jika bertujuan untuk disiar di internet.
3- Menghubungi kami [email, borang atau sms] memohon izin adalah sikap dan jalan terbaik
4- Nyatakan tujuan dan url jika di copy untuk dimuatkan dalam web, blog.atau laman sosial seperti facebook dan sebagainya.

 

 Follow Me
Facebook
Host By
 Paid-up Advertisement
GU Inspiration
EXP-20-02-2015
Iklan Anda Di Sini
 Text Advertisement

RAWATAN, PERUBATAN, PERSILATAN & KEMAKRIFATAN

Membersih Dan Menyucikan Hati, Pemulihan Penagihan Dadah, Membuang Saka, Terkena Sihir, Terkena Santau, Terkena Ilmu Hitam, Pulih Rumah, Pulih Kedai, Pulih Kilang, Masalah Kecurangan Suami Isteri, Masalah Keluarga & Anak-anak, Sakit Misteri & Sebagainya.

Maklumat Lanjut Untuk Rawatan Dan Belajar Ilmu Mengenal Diri, Sila Layari:

Laman Web: http://kenal-diri.net

 
  Last Update: 01 September 2014 03:28 AM