
Carta Aliran
Mengikut Seksyen 107 Kanun Prosedur Jenayah, apabila pengaduan atau
repot dibuat kepada seorang Ketua Polis Balai (KPB) berkenaan
kejadian sesuatu kesalahan, KPB itu atau pun pegawai polis lain di
bawah arahannya hendaklah menulis maklumat itu dan setelah menulis
hendaklah dibaca semula kepada pengadu. Setiap pengaduan hendaklah
ditulis dalam buku laporan yang disimpan oleh KPB dan hendaklah
ditulis tarikh dan waktu aduan dibuat, samada diberi dengan tulisan
atau percakapan. Setelah menulis pengaduan itu dikehendaki
ditandatangan oleh pemberinya atau pengadu.
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
Bagaimana?
Pengaduan boleh dibuat melalui dua cara, iaitu :
Pengaduan boleh dibuat secara lisan dan ditulis oleh anggota polis
yang menerima pengaduan.
Pengadu menulis sendiri aduannya dalam borang Pol. 55
Pengaduan boleh dibuat di mana-mana balai polis, walaupun kejadian
berlaku diluar kawasan balai berkenaan (termasuk kes Trafik).
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
Menulis sendiri repot
Borang Pol. 55 boleh didapati secara percuma daripada anggota polis
yang bertugas di pejabat atau kaunter pertanyaan di mana-mana balai.
Setiap pengaduan hendaklah ditulis dengan menggunakan pen dakwat,
supaya tidak boleh dipadam, dengan mengambil kira perkara-perkara
berikut :
- Tulis nama(seperti dalam
kad pengenalan) dengan betul.
- Tulis nombor kad
pengenalan selepas nama anda.
- Isikan butir-butir lain
dalam borang berkenaan iaitu jantina,umur, keturunan,bahasa,
pekerjaan dan tempat tinggal (nombor telefon jika ada)
- Gunakan bahasa yang mudah
dan tepat semasa menulis laporan.
- Tulis dengan terang,
jelas dan boleh dibaca.
- Tandatangani pengaduan
yang ditulis.
- Tulis pengaduan dalam
Bahasa Melayu atau Bahasa Ingggeris sahaja (pengaduan dalam
bahasa-bahasa lain tidak dibenarkan).
- Pengadu berhak mendapat
salinan pengaduan yang disahkan oleh Ketua Polis Daerah dengan
bayaran minima sebanyak RM2.00.
Fakta-fakta diperlukan
dalam repot
Sesuatu pengaduan hendaklah padat dan lengkap. Di antara fakta-fakta
penting yang diperlukan ialah:
- Apa - Kes/kejadian
yang hendak dilaporkan (misalnya kecurian, pembunuhan dan
sebagainya).
- Bila - Nyatakan
tarikh dan masa berlakunya kejadian itu.
- Di mana - Nyatakan
tempat/lokasi berlakunya kejadian. Nama bandar, kampung, jalan
dan nombor rumah.
- Siapa - Nyatakan
butir-butir orang terlibat atau disyaki sekiranya ada saksi yang
melihat dan sebagainya. Adakah mereka dikenali atau tidak.
- Bagaimana -
Nyatakan cara atau bagaimana kes itu berlaku/cara jenayah itu
dilakukan. Misalnya bagaimana cara pencuri memasuki rumah.
- Akibat - Kerosakan,
kerugian, kecederaan yang dialami (anggaran harga/kos).
Cara membuat repot
kemalangan jalanraya
Pengaduan kemalangan jalan raya merangkumi tiga peringkat atau
proses. Peringkat I merupakan peringkat di mana pihak-pihak yang
terlibat dalam kemalangan tersebut tampil membuat pengaduan polis.
Peringkat II melibatkan siasatan pihak polis terhadap pihak-pihak
terlibat serta pemeriksaan terhadap kenderaan. Peringkat III
merupakan peringkat penyediaan dokumen-dokumen siasatan.
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
PERINGKAT 1
Mengikut peruntukan seksyen 52 Akta Pergankutan Jalan Raya 1987,
setiap kecelakaan jalan raya hendaklah dilaporkan kepada polis.
Pihak yang terlibat hendaklah pergi ke balai polis untuk membuat
pengaduan samada dengan menulis sendiri atau melalui anggota polis
yang bertugas di Pejabat Pertanyaan. Selain itu, pihak yang terlibat
boleh menghubungi balai polis melalui telefon mengenai kecelakaan
yang berlaku dan anggota polis yang bertugas mencatatkan segala
maklumat yang diberikan. Dalam pengaduan tersebut, pihak yang
terlibat hendaklah menuliskan senario kejadian yang berlaku pada
sekeping kertas dan menyerahkan sendiri di balai polis untuk
dijadikan laporan polis.
Maklumat-maklumat yang perlu diambil kira semasa membuat pengaduan
polis adalah seperti berikut :
- Tarikh, masa dan tempat
kejadian (tanda-tanda nyata atau "landmark" boleh digunakan bagi
menggambarkan tempat kejadian).
- Pihak-pihak yang terlibat
(catatkan nombor pendaftaran, jenis dan warna kenderaan).
- Kenderaan, mangsa yang
terlibat (termasuk kematian) dan kerosakan kenderaan atau harta
awam.
- Maklumat-maklumat yang
diperolehi hasil pengamatan kelima-lima pacaindera pengadu
sebelum, semasa dan selepas kejadian. (Jangan sama sekali
membuat andaian).
PERINGKAT II
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
Setelah laporan dibuat pengadu akan dirujuk kepada pegawai penyiasat
kes trafik. Siasatan awal dilakukan dengan merakam percakapan,
pengecam tempat kejadian, pemeriksaan teliti kenderaan yang terlibat
dan mengklasifikasikan kes mengikut undang-undang. Klasifikasi kes
bergantung kepada keterangan fakta dan data-data yang dikumpul
semasa siasatan.
Refer to Insurance
Bagi kes kenderaan kecil, tidak melibatkan kematian atau kecederaan
serta kerosakan kecil ke atas kenderaan yang terlibat, pegawai
penyiasat berpendapat siasatan lanjut tidak perlu, maka kes tersebut
diklasifikasikan sebagai "RTI - Refer To Insurance" dan pengadu
boleh membuat tuntutan sivil.
Siasatan lanjut - kertas siasatan dibuka
Bagi kes kecelakan yang serius, siasatan terperinci akan dilakukan
dan kertas siasatan akan dibuka. Setelah segala keterangan serta
data-data kecederaan tersebut diperolehi, pihak yang bersalah akan
ditetapkan untuk didakwa.
Mengkompaun kesalahan
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
Bagi kesalahan-kesalahan yang boleh dikompaun, satu notis saman akan
dikeluarkan ke atas pesalah yang terlibat. Bayaran kompaun boleh
dibuat dikaunter Trafik C.O.P.S - Compound On Line Payment System.
Hadir Mahkamah
Jika tidak membayar kompaun, pesalah hendaklah hadir di mahkamah
pada tarikh yang dinyatakan dalam notis saman.
Nota: Mengikut Seksyen 104 Akta Pengangkutan Jalan 1987
setiap kes kemalangan jalan raya samada serius atau tidak, adalah
menjadi tanggungjawab pengadu untuk memaklumkan kejadian tersebut
kepada syarikat insurannya bagi membolehkan suatu tuntutan di buat
di bawah sesuatu polisi.
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
PERINGKAT III
Salinan pengaduan boleh dibeli pada kadar yang ditetapkan sejurus
pengaduan dibuat atau tidak lewat daripada tiga (3) hari dari tarikh
pengaduan. Bagi dokumen-dokumen lain siasatan seperti gambar, rajah
kasar dan salinan rakaman percakapan, pembekalannya bergantung
kepada status siasatan dan bantuan logistik. Sebarang pertanyaan
boleh dibuat kepada daerah polis di mana siasatan kes itu dijalankan.
Contoh repot kes jenayah
Pada 1.1.2000, jam 12 tengah malam, tiga orang yang tidak saya
kenali telah menyerbu ke dalam rumah saya menerusi pintu hadapan.
Mereka menutup muka dengan stokin wanita. Salah seorang bersenjata
seperti pistol sementara yang dua orang lagi bersenjata pisau.
Mereka merompak harta benda saya iaitu sebuah kamera, tiga rantai
emas dan wang tunai berjumlah RM10,000. Merka juga melarikan kereta
saya jenis KIA nombor pendaftaran CUR 54 berwarna biru. Saya tidak
dapat mengecam mereka. Sebaik sahaja kejadian itu saya membuat aduan
kepada balai polis.
CopyPasteFromFamiliazamDotCom
Contoh repot kemalangan jalanraya
Pada 2.2.2000, Jam 3.00 petang ketika saya sedang memandu kereta
saya Proton Putra warna merah nombor pendaftaran MAL 2345 di Jalan
Merdeka, Kuala Lumpur, sebuah kereta jenis Toyota warna hijau nombor
pendaftaran AB 7378 yang datang daripada depan secara tiba-tiba
memotong sebuah kereta lain, telah melanggar kereta saya daripada
hadapan. Kereta saya megalami kerosakan dan saya turut tercedera
dibahagian kepala. Inilah pengaduan saya.
Sumber: http://www.rmp.gov.my/ |