TAZKIRAH X-PAX


 Laman Utama > Galeri > Nukilan > Macam Macam Ada > Agama



01- Pesan orang arifbillah, jadilah makmumyang baik iaitu solat berjemaah dalam keadaan duduk menunggu imam datang dengan penuh zikir dan tasbih sambil berselawat.

02- Tidak sempurna hati yang berzikir itu andai tiada disusuli dengan amal perbuatan mengikut syariat islam. (Fikir Amal, Khidmat & Sabar) www.familiazam.com

03- Tidak sempurna iman kita andai tidak memperdulikan orang lain dan berbuat baiklah sesama manusia agar penyatuan ummah teguh dan tegap.

04- Kata orang arifbillah, gagal sesuatu amal itu adalah kerana perasaan sendiri yang mencengkam hati dan nurani hingga hilang pertimbangan aqal dan qalbu.

05- kehidupan ummah akan hancur lebur bila ekonomi dan kebanggaan dunia menjadi jurang perbandingan kehidupan sesama manusia. www.familiazam.com

06- Berbuatlah sesuatu perkara itu dengan penuh fikir dan zikir kerana ia akan disertai dengan kesabaran andai dilakukan dengan penuh syukur.

07- Selesaikan sesuatu masalah itu dengan cara mencari puncanya bukan mencari masalahnya.

08- sebaik-baik amal dan perbuatan adaah dengan menjaga syariat kehidupan dan syiar agama itu sendiri kerana ianya lepas dari segala macam fitnah kehidupan.

09- Pesan orang arifbillah, ruangkan masa sehari semalam dalam seminggu bagi beriktiqaf dimasjid kerana itu adalah pembuka kepada pelajaran iman dan ilmu yang pertama.

10- Sebaik-baik meminta kepada ALLAH adalah HIDAYAH. (Diri, keluarga dan keturunan) keAMPUNan, dipermudahkan rezeki serta mati dalam IMAN.

11- Allah menyuruh kita meminta hanya pada DIA. Jangan berasa malu untuk berharap dari DIA walau diri sendiri dikelilingi dengan dosa dan noda. www.familiazam.com

12- jangan kita ambil mudah tentang mati tanpa iman dan perasan akan menikmati syurga akhirnya, celaka adalah tidak takut akan seksa neraka Allah.

13- Iman tidak boleh diwarisi. Iman perlu dicari, iman harus dilalui, iman mesti bersaksi, iman adalah kehidupan dan perjalanan mengenal diri untuk mengenal Tuhan.

14- Sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan mungkar, walaubagaimanapun fikir dan hati harus berusaha didalam meningkatkan kefahaman dan ilmu solat itu sendiri.

15- perbanyakkan memohon doa dan keampunan untuk ibu bapa juga memohon keampunan dari mereka. (Disyorkan membaca Surah Al-Fatehah, Al-Imran dan Al-Kahfi) www.familiazam.com

16- Perbanyakkan muhasabah diri dan beristiqfar pada setiap dosa yang dilakukan dan solat sunat taubat. (Disyorkan membaca Surah Al Fatehah, At -Taubah, Al-Fill dan Al-Kahfi}

17- Uzlahkan diri dari kesibukkan dunia, kelukan lidah dan perbanyakkan tasbih, matikan hati dari berangan-angan tentang dunia (Hayati Al-Quran) dan matikan jasad dengan zikirullah.

18- Renunglah sejarah pengabdian Nabi Noh, Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa. Fikir bagaimana kita mampu mengikuti mereka di dalam pengabdian kepada Allah.

19- Bersyukurlah dengan apa yang dikurniakan Allah kepada kita. Andai kaya, lihatlah kepada yang miskin. Andai miskin, lihat kepada yang papa. Andai papa, lihatlah kepada yang cacat dan seterusnya.

20- Kata orang arifbillah, pastikan amalan wajib tidak ditinggalkan sebelum mengejar amalan yang sunat. (Jangan jadikan amalan itu ibarat badan tidak berkepala)

21- Kesusahan hidup didunia ini berpunca dari diri sendiri kerana tidak mahu menerima perjalanan yang hakiki dan sebaliknya mengikut jejak kafir didalam mencari bukti.

22- Hidup ini hanya ada tiga hari, semalam sebagai pengalaman, hari ini untuk perancangan dan esok hanya menantikan jawapan.

23- Hadiah paling besar yang pernah diterima oleh syaitan daripada iblis adalah memecahbelahkan rumahtangga dan memutuskan silaturrahim.

24- Syaitan sangat suka kepada mereka yang sangat suka melayan perasaan dan nafsu amarah kerana itu adalah pintu yang paling luas untuk dia berpeluang menggoda.

25- Jangan sesakali ada perasaan sombong dan bongkak dalam hidup kerana ia sebahagian daripada isyarat keda syaitan untuk memperdaya kita. www.familiazam.com

26- Apabila zina dan riba berleluasa maka kehancuran sesutu kaum dan bangsa itu akan berlaku samada keruntuhan akhlak, budi pekerti dan kesusilaannya.

27- Jangan sangka diri sudah berada didalam golongan ahli sunnah wal jamaah sedangkan amal, hati, jiwa dan akal masih penuh dengan keseronokkan dunia.

28- Rumahku syurgaku. Keharmonian rumahtangg dan keluarga boleh dipelihara dengan menjaga amal dan adab-adab rumahtangga dengan penuh jujur, taat, redha dan ikhlas.

29- Pesan orang arifbillah, bila dilantik menjadi imam, jangan bertakbir selagi semua makmum belum bersedia untuk menunaikan solat fardhu secara berjamaah.

30- Hiduplah kita dengan bersederhana dan jangan sesekali berlebih-lebihan kerana dikhuatiri kita akan leka dan ia boleh membawa kepada pembaziran.

31- Peliharalah keluarga sebagaimana kita memelihara maruah diri kerana mereka itu adalah amanah Allah kepada kita. www.familiazam.com

32- Ibubapa dalam keluarga itu umpama raja dan permaisuri, anak-anak dan seisi rumah pula seperti rakyat dan khazanah kerajaan. Tadbirlah ia dengan bijaksana.

33- Syarat ketua keluarga itu perlu ada kasih sayang tanpa berbelah bagi. Adil didalam membuat keputusan dengan memahami wadah seisi keluarganya.

34- Fikir, amal, ilmu dan nikmat iman itu sangat halus rasanya. Tiada bahasa yang dapai diungkap melainkan dengan perjuangan, kasih sayang dan kehambaan kepadaNya.

35- Kekuatan iman itu lahir dengan berlapar, mujahadah, mencari ilmu dan beribadah yang berteraskan fikiran panduannya dari Allah, Rasulnya, Al-Quran dan guru mursyid.

36- Makanan nafsu amarah ialah kenyang, kesenangan, keseronokkan dan kepuasan dunia berasaskan fikiran dan panduannya dari jin dan syaitan untuk leka kepada dunia.

37- Dalil kita yakin kepada akhirat adalah dengan keberanian dan ketabahan dalam menempuh kesesahan hidup seperti Nabi Muhammad S.A.W dan sahabat Rasulullah.

38- Pengorbanan kehidupan bermula dengan perbanyakkan ibadah dan mencari ilmu seperti di madrasah, masjid, makam dan bermusafir dengan penuh fakir kepada Allah S.W.T

39- Pengorbanan harta bermula dengan pemberian hadiah, sedekah dan mujahadah bagi mengikis cinta dunia. www.familiazam.com

40- Di dalam kenikmatan beribadah jangan kita leka untuk mencari ilmu dan amal bagi menuju kepada perjuangan dan maksud hidup sebenar.

41- Ketika sibuk mencari kebahagiaan di dunia, jangan lupa atau lalai untuk mencari kebahagiaan di akhirat dengan perbanyakkan mencari ilmu, ibadah dan taqwa.

42- Maksiat menjauhkan kita dari para ilmu akhirat dan jalan ke syurga tetapi mendekatkan kita dengan ilmu dunia dan jalan ke neraka. www.familiazam.com

43- Pengharapan itu biarlah hanya kepada Allah, Rujuklah surah At-Taubah, renugilah ayat demi ayat dan memohonlah kefahaman darinya (Ayat 129)

44- Jangan difikir pada ganjaran pahala, biarlah segala kebaikkan itu menjadi penghapus dosa-dosa lalu dan yang akan datang. www.familiazam.com

45- Penuhkan amalan semasa beriktiqaf dengan zikir, tasbih, solat dan menghayati Al-Quran hingga sejahtera diri, aman fikiran, damai perasaan dan sentosa kehidupan.

46- Rezeki yang halal itu datangnya dari sumber yang halal dan hati tidak meraguinya. Hindarkan dari rezeki yang meragukan.

47- Ilmu keinsanan itu diperolehi apabila segala ujian, gangguan, godaan dan tentangan hidup itu dilalui dengan penuh ketaqwaan dan keredhaan.  www.familiazam.com

48- Nak beriman sanggup diuji. Nak beramal sanggup menghadapi gangguan, nak kehambaan, sanggup pada godaan dan nak keislaman sanggup pada tentangan kehidupan.

49- Jangan berdukacita dengan apa yang tidak diperolehi tetapi teruskan bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan dan diberikan (nikmat)

50- Harta yang palng untung sabar, teman yang paling akrab amal, pengawal yang paling waspada diam, bahasa yang paling indah senyum.  www.familiazam.com

51- Maksiat itu boleh menggelapkan hati, jiwa dan raut wajah dari cahaya iman dan menghalang (bertangguh) dari bersegera bertaubat. www.familiazam.com

52- Beruntunglah bagi jiwa yang merdeka dan sesungguhnya ilmu islam itu mudah masuk kedalam hati melalui doa dan hidayah Allah, yang sering dipohon (munajat).

53- Biarlah hidup sederhana di dunia ini asalkan hati dan jiwa merdeka dari penjara dunia yang penuh tipu daya melalui keseronokkan dan keselesaanya.

54- Ilmu Al-Quran mampu dipelajari dengan hati dan jiwa yang tenang dan merdeka dari sebarang pengaruh dunia yang melalaikan. www.familiazam.com

55- Ilmu islam mampu dipelajari dengan kefahaman hati yang kasih dan cinta kepada Allah dan Rasulnya melalui penghayatan Al-Quran dan Sunah Rasul (amalan).

56- Kata orang arifbillah, tidak dapat dipelajari ilmu islam itu secara menyeluruh kerana ia terlalu luas bagi umat manusia untuk mempelajarinya (teori).

57- Tidak lebih baik sesuatu kefahaman itu bagi perbatasan diri selain dari kefahaman agama dan Islam sebagai cara serta Al_Quran sebagai panduannya. www.familiazam.com

58- Setiap kebebasan dunia itu perlu ada padanya batasan. Silap langkah, kebebasan itu akan menjadi pintu gerbang syaitan untuk menghancurkan kita.

59- Wadah agama dan kefahaman islam itu adalah berbeza-beza bagi individu, maka tidak perlu bertikam lidah pada sesuatu perkara, jadikan syariat islam sebagai jalan penyelesaian.

60- Apabila berdakwah, syariat agama sangat penting bagi mengelakkan dari fitnah dunia. Jangan sesekali mengamalkan tariqat, hakikat dan makrifat tanpa syariat.

61- Dakwah itu adalah sesuatu pekerjaan yang embawa umat kepada berfikir, beramal, khidmat dan taqwa kepada Allah SWT. www.familiazam.com
http://familiazam.com
62- Beza diantara kita dan orang kafir itu adalah fikir kita kepada akhirat, dakwah kita menyelamatkan umat dan khidmat kita untuk perpaduan dan kesejahteraan umat.

63- Setiap hari kita bangun, keluar rumah mencari rezeki, pagi atau malam pula kita pulang kepangkuan keluarga, apakah beza antara kita dan orang kafir itu?

64- Kata orang arifbillah, ketika diutus melaungkan azan, jangan ada niat selain dari ingin mengajak makhluk untuk menyembah dan bertaqwa kepada Allah (berjemaah).
http://familiazam.com
65- Perjuangan itu menuntut kemerdekaan, sebaik-baik kemerdekaan adalah kemerdekaan untuk menjalankan hukuman Allah dan kita berlindung dibawah naungannya.

66- Perjuamgan tanpa kecintaan umpama senjata tidak berpeluru. Kecintaan tanpa perjuangan itu pula umpama peluru tanpa senjata. www.familiazam.com

67- Perjuangan lahir dari kecintaan yang mendalam, namun kekuatan dan kelemahan itu juga adalah terletak pada wanita. Berhati-hatilah.
http://familiazam.com
68- Kasih sayang lahir dari naluri kecintaan, namun ia dapat dilumpuhkan oleh nafsu amarah dengan keselesaan dunia. www.familiazam.com

69- Tiada yang lebih perit dan pahit yang dirasai oleh hati dan jiwa melainkan kemaksiatan yang berterusan, malah maksiat itu adalah baja bagi nafsu amarah.

70- Keberkatan rezeki itu disertai dengan ketenangan jiwa dan kelapangan nurani walaupun ianya sedikit tetapi mencukupi.

71- Allah memudahkan rezeki kepada sekelian makhluknya kecuali kepada mereka yang sering melakukan maksiat. www.familiazam.com

Sumber: Melanggan sms dengan Celcom X-pax
Diterbitkan pada: 07 Febuari 2010 (Bilanganan 1 hingga 23)
Kemaskini pada: 01 April 2010 (Bilangan 24 hingga 42)
Kemaskini akhir pada: 12 April 2010 (Bilangan 43 hingga 74)

Mutiara Kata: "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yang hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan"


Saya Tunjukkan 77 Teknik Yang Terbukti Berkesan & Efektif. Bagaimana Anda Boleh Berjimat Dalam Dekorasi.

Ya! Kediaman Anda Akan Berubah Menjadi Cantik Dan Menarik Tanpa Perlu Berbelanja Lebih.

 
NOTIS
Pengunjung dibenarkan untuk mengambil sebarang bahan dari laman ini sebagai perkongsian maklumat
dengan syarat seperti di bawah:
1-Meletakkankan Sumber: http://familiazam.com pada setiap dokumen yang telah di copy.
2-Copy & upload images ke hosting anda sendiri atau free hosting jika bertujuan untuk disiar di blog sendiri.
3-
Menghubungi kami [email, borang, whatsapp atau sms] memohon izin adalah sikap dan jalan terbaik.
 
 
  MENU UTAMA
 
 
  IKLAN BERBAYAR
 
 
  IKLAN BERBAYAR
RAWATAN, PERUBATAN, PERSILATAN & KEMAKRIFATAN

Kami BUKAN Tok Bomoh, Pak Dukun atau pun Pak Ustaz. Kami hanyalah insan biasa seperti anda. Kami menyediakan rawatan bagi segala permasalahan berkaitan dengan gangguan jin atau sakit misteri seperti:

Gangguan Saka, Terkena Sihir, Pulih Rumah, Pulih Kedai, Rawatan Terkena Santau, Berbagai Masalah Berkaitan Ilmu Hitam.
Serta:
Membersih Dan Menyucikan Hati, Rawatan Pemulihan Dadah, Masalah Perhubungan Suami-isteri Dan Penyakit Fizikal.

Untuk Rawatan Dan Belajar Ilmu Kenal Diri Sila Hubungi:
 

Md Hatta Yusof
Call  Me / Whatsapp Me / SMS Me
 
Laman Web: http://kenal-diri.net
 
 
  PROGRAM MY REZEKI
Salam Sejahtera & Salam Silaturrahim.

Selalu bermasalah tak cukup duit?
Hutang PTPTN sudah tertunggak?
Cukai jalan dan insuran dah nak mati?
Duit poket sudah menipis?
Teringin nak tukar motorsikal?
Teringin nak tukar kereta?

Nak cari duit lebih.
Sila daftar PERCUMA di link berikut:
familiazam.com/myrezki

Saya akan tunjuk cara menjana pendapatan dengan mudah tanpa susah payah nak cari orang dan menjual produk...
Rebutlah peluang yang mungkin hanya datang sekali seumur hidup.
 
 
 

Proudly powered by WordPress

Kemaskini Akhir: 12 October 2017 07:44 PM