|

Sekarang mari kita bercerita pula
tentang bilangan pengunjung yang melawat laman web anda. Anda
tahukah? Berapa orang pengunjungkah yang telah datang ke laman web
anda selama ini?. Dari manakah mereka datang? Dari
malaysia ke atau
dari luar negara? Macam mana mereka boleh sampai ke laman web anda?
Dari enjin carian mana? Atau dari laman web mana?
www.familiazam.com
Pap! Mungkin anda sedang menepuk dahi sekarang ini kerana tidak
meletakkan aplikasi pengiraan pengunjung “counter” di laman web anda.
Jangan risau! Jika anda telah mendapatkan perkhidmatan webhosting
berbayar. Sebenarnya.. statistik serta maklumat pengunjung yang
datang ke laman web anda boleh direkodkan hanya dengan satu klik.
Anda tidak perlu bersusah payah mencari skrip atau menggodek-godek
code html anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah, anda hanya perlu
login ke “control panel” anda, kemudian klik pada ikon “web/ftp
stat”, kemudian pilih aplikasi “awstat”. Disitu anda boleh melihat
semua maklumat pengunjung yang datang ke laman web anda seperti yang
telah saya sebutkan tadi. www.familiazam.com
Anda boleh tahu berapa bilangan pengunjung anda setiap hari, dari
negara mana
pengunjung anda, page mana yang paling banyak dilawati…
macam-macam adalah orang kata. Oh!... anda dah tahu ke? Kalau
taaaaahu… takper… hu! hu!
Ok! Sekarang anda sudah tahu serba sedikit mengenai
pengunjung-pengunjung yang melawati website anda. Persoalannya….
Bagimanakah anda ingin menarik lebih banyak pengunjung ke website
anda? Jeng! Jeng! Jeng!
Pada kali ini, saya akan berkongsi dengan anda, 7 teknik bagaimana
untuk menarik lebih ramai pengunjung ke halaman web anda.
1: Penghantaran ke enjin carian
www.familiazam.com
Sememangnya, enjin carian merupakan satu laluan pintu masuk yang
paling banyak sekali digunakan oleh pelayar-pelayar laman web untuk
melawati sesuatu laman web. Oleh itu, untuk memastikan laman web
anda tersenarai di enjin carian, anda perlulah menghantar nama
domain anda kepada mereka. Enjin carian yang besar seperti google
dan yahoo ada menyediakan satu borang di halaman web mereka bagi
membantu anda menghantar laman web anda kepada mereka. Borang
tersebut boleh dijumpai di :-
http://search.yahoo.com/info/submit.html (Yahoo)
http://www.google.com/addurl/?continue=/addurl
(Google)
Untuk mengetahui sama ada laman web anda telah tersenarai atau tidak
di sesuatu enjin carian selepas anda menghantar nama domain anda.
Anda boleh menyemaknya dengan menaip “site : urllamanwebanda.com” di
kotak carian enjin carian tersebut. Jika hasil carian menunjukkan
laman web anda dijumpai, maka laman web anda telahpun disenaraikan.
Tetapi jika tidak, harap anda dapat bersabar kerana pada
kebiasaannya,ia mengambil masa antara 2 hingga 4 minggu untuk
website anda dimasukkan ke dalam pangkalan data mereka.
2: “Signature” di forum & email
www.familiazam.com
Apabila anda menghantar email kepada rakan-rakan anda atau pun
kepada sesiapa sahaja, pastikan anda meletakkan “signature” yang mengandungi alamat laman web anda pada setiap email yang anda hantar,
seperti yang anda boleh lihat pada email ini. Begitu juga jika anda
menyertai mana-mana forum yang berkaitan, pastikan anda memuatkan
“signature” pada setiap mesej yang anda hantar. Walau bagaimanapun,
perkara ini perlulah dilakukan dengan berhati-hati supaya mesej/email
yang dihantar tidak menjadi “spam”. Email/mesej yang dihantar boleh
menjatuhkan krediliti anda di internet dengan serta merta. Oleh itu,
pastikan setiap email atau mesej yang dihantar oleh anda mestilah
email/mesej yang dinanti-nantikan oleh pembaca, seperti mesej yang
menjawap persoalan atau memberi pandangan mengenai sesuatu topik di
forum-forum, dan bukannya mesej yang semata-mata mengajak orang ke
website anda.
www.familiazam.com
3: Status di “Instant Mesengger”
Jika anda mempunyai rakan dan suka berchatting menggunakan perisian
“Instant Messaging” seperti Yahoo Mesengger, MSN Mesengger ataupun
ICQ. Memaparkan url laman web anda sebagai status anda juga boleh
membantu anda mewar-warkan laman web anda kepada rakan anda tanpa
anda perlu mengatakan “Hi” kepada mereka. Kebiasaannya, rakan-rakan
online mempunyai kecenderungan untuk mengetahui perkembangan
mengenai diri kita, oleh itu, apa sahaja kata-kata atau url yang
kita letakkan sebagai status kita semasa online, pasti akan menarik
minat mereka untuk mengetahuinya.
4: Direktori
Selain menghantar url laman web anda ke pada enjin carian,
menghantar url anda ke direktori juga dapat membantu meningkatkan
lagi jumlah pelawat ke website anda. Antara direktori yang popular
ialah seperti Yahoo Directory dan
DMOZ. Cara penyenaraian di
direktori adalah sedikit berbeza dari enjin carian, di direktori,
website anda akan disenaraikan mengikut kategori yang bersesuaian
dan ia dilakukan secara manual oleh manusia. Oleh itu, anda mestilah
mengenalpasti terlebih dahulu kategori laman web anda supaya proses
penyenaraian laman web anda dapat dilakukan dengan cepat.
www.familiazam.com
5: Beli iklan
Jika laman web anda adalah laman web yang berasaskan keuntungan, dan
anda sememangnya telah menyediakan sejumlah “ongkos” untuk menampung
beberapa kempen pemasaran anda. Teknik ini mungkin boleh anda
pertimbangkan. Tetapi, apabila menggunakan teknik ini, anda mestilah
memastikan laman web yang ingin anda bayar untuk memaparkan iklan
anda itu, adalah sebuah laman web yang mempunyai jumlah pengunjung
yang ramai. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, laman web
tersebut haruslah laman web yang “sewaktu” dengan anda…cotohnya,
jika anda ingin mengiklankan laman web anda yang menjual baju
pengantin, mungkin anda boleh mengiklankan laman web anda di laman
web yang membicarakan hal-hal perkahwinan seperti laman web
www.perkahwinan.com.my (hu! hu!.. nampaknya saya kena mintak royalti
dari pemilik laman web tersebut selepas ini)
6: Iklan secara offline
Selain pengiklan melalui internet, kaedah pengiklanan secara offline
seperti di suratkhabar, majalah, risalah, poster ataupun tv serta
radio juga boleh menjadikan laman web anda lebih popular dan
seterusnya menarik lebih ramai pengunjung. Namun begitu, kaedah ini
memerlukan “ongkos” yang agak tinggi. Jika laman web anda adalah
laman web yang berasaskan perniagaan, kaedah ini mungkin boleh
membantu. Tetapi jika laman web anda hanyalah laman web peribadi
yang hanya bercerita mengenai anda serta rakan-rakan dan juga
keluarga anda. Saya tidak nampak mengapa anda perlu lakukan kaedah
ini. Kecuali, anda sememangnya seorang yang gila “glamer”… hu! hu!
www.familiazam.com
7: Bertukar link
Satu lagi cara yang efektif untuk menarik pelawat-pelawat ke
laman
web anda adalah dengan bertukar-tukar link diantara laman web anda
dengan laman web orang lain. Untuk melakukan kaedah ini, biasanya
anda perlu menghantar email kepada tuan punya laman web tersebut dan
bertanyakan sama ada mereka berminat atau tidak untuk bertukar link
dengan laman web anda. Selain dapat menarik lebih ramai pengunjung,
kaedah ini juga dapat membantu menaikkan “ranking” laman web anda di
enjin carian. Ini kerana, salah satu faktor sesuatu laman web
mendapat “ranking” yang tinggi di dalam enjin carian adalah dengan
melihat jumlah link yang masuk serta keluar terhadap sesuatu website
dengan laman web-laman web lain yang berkaitan dengannya.
Mohd Suhaimy Abu Bakar
Site Administrator
www.sempoihosting.com
“Webhosting professional mampu milik untuk rakyat Malaysia ”
www.familiazam.com |